Sebanyak 2,165 kilogram daun ketum dengan nilai rampasan RM64,950 berjaya dirampas!
Itu kejayaan pasukan Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi lima siri rampasan daun ketum di sempadan negara Malaysia-Thailand dalam tempoh dua hari.
Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 1 PGA, Supritendan Abdul Aziz Abdullah, dua rampasan dilakukan pada Ahad di Kawasan Kebun Pisang Jalan Keselamatan PB 19 dan BKC 7 Padang Besar, Perlis.
Katanya, kedua-dua rampasan itu dilakukan anggotanya sewaktu melakukan rondaan di kawasan terbabit.
Sebanyak 275 kilogram daun ketum itu ditemui di tinggalkan di kawasan semak sepanjang jalan sempadan.
Jelas Abdul Aziz, pada Isnin, tiga lagi tangkapan berjaya dilakukan pihaknya di mana 1,890 kilogram daun ketum berjaya ditemui diletakkan di dua buah rumah kosong.
Pihaknya percaya, dua buah rumah kosong itu dijadikan setor simpanan dan tempat pembungkusan daun ketum sebelum di hantar ke Thailand.
Dua serbuan itu dilakukan di Kampung Syed Abi, Kok Mak dan Kampung Batu 20, Padang Besar.
Tangkapan terakhir dilakukan di Pos PB 19, dengan penemuan daun ketum yang diletakkan di kawasan semak sebelum anggota sindiket datang untuk mengambilnya seterusnya dibawa masuk ke Thailand.
Kesemua daun ketum itu di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 09 2020
Salah sebuah rumah kosong yang dijadikan setor simpanan dan tempat pembungkusan daun ketum sebelum di hantar ke Thailand. - PGA
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Lelaki didakwa tetak ibu tiri hingga maut
Abdul Aziz Abdullah hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
PGA tumpas kegiatan penyeludupan ketum di sempadan
Dua rampasan dilakukan pada Ahad di Kawasan Kebun Pisang Jalan Keselamatan PB 19 dan BKC 7 Padang Besar, Perlis.
"Jangan takut ambil bekas pesakit mental bekerja"
Pesakit mental yang bukan dalam kategori kritikal, mereka masih lagi boleh bekerja, namun memerlukan pengawasan yang minimum serta bantuan ubat-ubatan.