PASIR MAS: Anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berjaya menahan lima warga Thailand yang memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah berhampiran Lebuh Raya Rantau Panjang-Pasir Mas, di sini pukul 6 petang semalam.
Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata, kesemua tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 15 dan 22 tahun itu ditahan selepas pihaknya memeriksa sebuah Perodua Alza yang dipandu oleh seorang wanita yang memegang pasport Thailand.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu dalam kes berasingan Azhari berkata pasukannya berjaya merampas 593 botol cecair vape pelbagai perisa yang dianggarkan bernilai RM50,405 berdekatan pangkalan haram Lubok Gong, di sini, pukul 4.30 pagi tadi.
Katanya kesemua perisa vape itu ditemukan di dalam beberapa kotak di tebing Sungai Golok oleh sepasukan anggota PGA7 yang membuat rondaan, namun beberapa lelaki yang pada mulanya dilihat memunggah kotak-kotak itu dari tebing sungai ke dalam sebuah perahu, terus melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota PGA7.
Beliau berkata kesemua barangan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki ditahan jadikan rumah tempat simpanan mercun bernilai lebih RM20,000
Seorang lelaki ditahan susulan penemuan sebanyak 48 bungkusan dan 273 kotak mercun bernilai RM20,745 di dalam rumahnya di Kampung Bunut Payung, malam tadi.

PGA7 tahan lima pendatang tanpa izin dari negara jiran
Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Dua pendatang tanpa izin ditemukan terikat di pokok
Kedua-dua lelaki berumur 32 dan 33 tahun itu ditemukan anggota PGA7 semasa sedang membuat rondaan pada pukul 10.30 malam.

Op Benteng: Hampir RM5 juta barangan bernilai dirampas sejak 16 Jun
PGA7 merampas barangan bernilai hampir RM5 juta, melibatkan 113 kes sepanjang pelaksanaan Op Benteng COVID-19.

13 ekor lembu 'naik perahu' rentas Sungai Golok
Anggota PGA7 telah mengekori kumpulan lelaki yang mengheret lembu itu ke dalam hutan berhampiran, dipercayai untuk disembunyikan.

Bengkel kereta jadi stor simpanan ketum
Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat serbuan ke bengkel itu, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

PGA7 rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM20,000
Meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko tertangkap, masih ada penyeludup yang berani melakukan tugasan itu demi mengaut keuntungan berganda.

Op Benteng: PGA7 kenal pasti 40 laluan tikus baharu di sempadan
Setakat ini, PGA7 telah mengenal pasti 128 laluan tikus membabitkan 51 di sekitar Rantau Panjang, 50 di Kuala Jambu dan 27 di Jeram Perdah.

21 ekor lembu dibawa 'berenang' melalui Sungai Golok masuk Malaysia
PGA7 berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan 21 ekor lembu dari Thailand, yang menggunakan taktik meletakkan haiwan itu ke dalam sungai.

Anggota PGA nyaris maut diseret kenderaan penyeludup
Seorang anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Kuantan, Pahang, nyaris maut, selepas diheret sejauh hampir 100 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dipandu penyeludup.