KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menganggarkan jumlah penerima bantuan pada tahun ini meningkat sebanyak 445,000 dengan nilai peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Siti Zailah Yusoff berkata, pertambahan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.
"Berdasarkan pembentangan Bajet 2022, had PGK telah ditetapkan iaitu menguna pakai nilai PGK Makanan iaitu RM1,169 sebagai kriteria asas bagi kelayakan skim bantuan kebajikan mulai 2022.
"Perubahan kenaikan PGK sebelum ini, daripada RM908 kepada RM1,169, dianggarkan berlaku peningkatan lima peratus setahun kadar kelayakan untuk penerima bantuan.
"Ini menjadikan jumlah penerima bantuan pada 2022 dianggarkan meningkat sebanyak 445,000, dengan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun.
"Jadi, peningkatan itu berlaku sebanyak RM200 juta berbanding dengan tahun sebelum ini atau melibatkan kos sebanyak RM12 bilion untuk lima tahun," katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat.
Siti Zailah menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanya adakah PGK Makanan 2019 masih relevan ketika ini berikutan pandemik COVID-19 dan inflasi.
Beliau juga mahu tahu sejauh mana keberkesanan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap penerima sedia ada.
Dalam perkembangan sama, Siti Zailah memaklumkan, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 telah memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin, melibatkan peruntukan sebanyak RM165.53 juta yang disalurkan sehingga Jun lalu.
Selain itu, bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 pula, seramai 89,075 dalam kumpulan itu telah menerimanya, melibatkan RM160.2 juta peruntukan dalam tempoh sama.
"Elaun Pekerja OKU (EPOKU) sebanyak RM450 memberi manfaat kepada 95,820 OKU yang bekerja dan sebanyak RM257.9 juta peruntukan disalurkan sehingga Jun.
"Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 memberi manfaat kepada 138,949 warga emas dengan peruntukan RM421.2 juta setakat Jun.
"Manakala, sebanyak 26,163 Penjaga OKU dan Pesakit Terlantar telah menerima manfaat dengan RM79.4 juta peruntukan," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 01 2022
Siti Zailah juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat, Bantuan Kanak-Kanak yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 telah memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin. - Gambar fail
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
PGK Makanan 2019: Penerima bantuan meningkat sebanyak 445,000
Peningkatan RM200 juta berlaku berbanding tahun sebelum ini, atau melibatkan kos sebanyak RM12 bilion untuk lima tahun.