Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjamin akan memberi ruang untuk menyuburkan kebebasan media di negara ini, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Malaysia kini melalui transisi politik untuk menjadi sebuah negara demokrasi matang dan media memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan objektif itu.
Katanya, kerajaan hari ini juga lebih bersahaja serta bersedia untuk menerima kebebasan media.
"Wartawan tak perlu risau akan menerima panggilan daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri) atau daripada menteri-menteri lain.
"Buat lagi debat pun tak larang. Harap tak ada editor yang akan dipanggil hanya kerana gambar yang diguna kurang menarik," katanya pada Malam Wartawan Malaysia 2018 dan Penyampaian Anugerah Kewartawan Malaysia 2017 MPI-Petronas 2017 di sini malam tadi.
Saifuddin, yang juga ketua setiausaha PH, berkata media di Malaysia juga harus sama-sama memainkan peranan dalam memberi dan meningkatkan pendidikan politik kepada rakyat negara ini.
Katanya, ini merupakan satu aspek penting dalam usaha mematangkan politik dan demokrasi di Malaysia.
Katanya, proses itu harus disokong dan didokong oleh seluruh rakyat Malaysia, kerana rakyat jugalah yang akan merupakan pemenang dalam sebuah negara yang mengamalkan politik demokrasi matang.
HKM MPI-Petronas 2017 menyaksikan pasukan wartawan daripada akhbar The Star dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kajai menerusi laporan mereka bertajuk "The Student Trafficking Trade".
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sijil dan trofi.
Sementara itu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut memenangi tiga hadiah dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil setiap seorang.
Wartawan Perkhidmatan Meja Berita Ekonomi, Niam Seet Wei memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Laporan Portal Berita Terbaik menerusi laporannya bertajuk "Old bike shop Choo Ho Leong spurred by renewed interest in cycling", "Raise tax relief to boost insurance penetration rate" dan "Bursa Malaysia concludes 2017 on GHD note".
Wartawan Bernama Radio, Ahmad Fawzan Azmie Abdul Halil dan Nurliyana Farhah Ruslan turut memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Laporan Radio Terbaik masing-masing menerusi laporan bertajuk "Ampang Park: Sayonara" dan "Tapak Pembinaan: Lubang Maut."
Sementara itu, Pengarang Urusan Kanan, The Borneo Post, Francis Chan dan ketua pengarang The Edge Azam Aris dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Juri.
Mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan trofi setiap seorang.
Sebanyak 20 kategori dipertandingkan tahun ini, antaranya Infografik Terbaik, Kartun Editorial Terbaik, Laporan Berita Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Laporan Portal Berita Terbaik, Foto Esei Cemerlang dan Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang.
Pertandingan anugerah MPI-Petronas 2017, anjuran Institut Kewartawanan Malaysia (MPI), menerima 349 penyertaan, berbanding 216 penyertaan tahun sebelumnya.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya, tokoh wartawan Datuk A. Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin, Ketua Juri Hakim Anugerah, Datuk Yong Soo Heong.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jul 13 2018
Saifuddin berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2018 anjuran Malaysia Press Institute di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam tadi. - fotoBERNAMA
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.