JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan wakil rakyat daripada parti itu, terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).
Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse berkata ia bertujuan, menyelaraskan gerak kerja memandangkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) sudah menjadi rakan sekutu di peringkat Kerajaan Persekutuan.
"PH Johor akan menulis surat rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. Saya harap atas budi bicara Kerajaan Negeri Johor khasnya Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen PH Johor untuk menjadi ahli JTPD dan terlibat dalam mesyuarat itu.
"Ini kerana kita sudah jadi rakan sekutu di Persekutuan dan memang ada keperluan untuk kita menyertai mesyuarat bulanan di pejabat daerah bagi menyelaraskan gerak kerja, saya harap Menteri Besar boleh mempertimbangkannya," katanya kepada pemberita selepas Program Bertemu Pengundi di Parlimen Tebrau di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Puah (PH-PKR) menewaskan Mohamad Isa Mohamad Basir (Perikatan Nasional-Bersatu) dan Datuk Nicole Wong Siaw Ting (Barisan Nasional-MCA), untuk menang di Parlimen Tebrau dengan majoriti 30,720 undi.
Pada 28 November tahun lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dilaporkan menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli JTPD.
Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Hasni Mohammad dilaporkan berkata kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan, dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kedudukan ADUN dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.
Bagaimanapun, Hasni dipetik berkata atas semangat sebagai rakan strategik, kerajaan negeri berbesar hati menjemput semua ADUN PH dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati, yang membawa maksud bahawa mereka akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Jimmy Puah berkata ia bertujuan, menyelaraskan gerak kerja memandangkan gabungan PH dan BN sudah menjadi rakan sekutu di peringkat Kerajaan Persekutuan. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PN Johor bincang PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram minggu depan
PN Johor akan mengadakan mesyuarat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada minggu depan.

PH Johor tidak akan tuntut jawatan Exco Kerajaan Negeri
PH Johor yakin dengan kepemimpinan dan kestabilan politik negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini.

PH Johor tidak akan cadangkan perubahan komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri
Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan mencadangkan apa-apa perubahan dalam komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

PRU15: Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub
Salahuddin berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang.

PRU15: PH Johor sasar menang 22 daripada 26 kerusi Parlimen
Pakatan Harapan (PH) Johor menyasarkan untuk memenangi 22 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: PH Johor umum senarai calon 3 November
Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di 26 kerusi parlimen pada 3 November.

PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.

PH Johor tolak pelaksanaan PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi.

PH Johor akan mengadap Sultan Ibrahim
PH Johor akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secepat mungkin kerana mendakwa mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi menerajui kerajaan negeri.