PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) Selangor meletakkan sasaran memenangi 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Ogos ini.
Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata keyakinan itu berdasarkan trek rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri dalam membangunkan Selangor.
"Kita yakin pengundi nampak prestasi pentadbiran di Selangor yang menyantuni rakyat dengan pelbagai inisiatif yang membantu rakyat seperti Skim Air Darul Ehsan, Skim Perlindungan Insurans dan Takaful Percuma, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, dan Skim Mesra Warga Emas.
"Selain itu kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) juga mampu mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan ini serta dapat menarik lebih banyak undi," katanya kepada media selepas Mesyuarat Khas MPP PKR di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Yahya berkata terdapat beberapa kerusi yang masih dalam peringkat rundingan antaranya Gombak Setia dan Kota Damansara.
"Kita jangka rundingan akan selesai dalam masa terdekat. Ia sudah berada di peringkat rundingan antara presiden-presiden parti kerana di peringkat kami, jawatankuasa perundingan parti, ia telah selesai," katanya.
Terdahulu, Mohd Yahya berkata mesyuarat selama sejam setengah yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Naib-naib Presiden dan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan Jumaat lepas, dan dengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada PRU-14, PH mendominasi memenangi 51 daripada 56 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.
Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
![PRN: PH Selangor sasar menang 51 kerusi PRN: PH Selangor sasar menang 51 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687691833_PilihanRayaPakatan.jpg)
Mohd Yahya Mat Sahri ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri dan jentera parti bagi membincangkan perkembangan terkini pilihan raya negeri di Kompleks Sri Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
![Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739362341_DatukSeriRossa.jpg)
Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.
![Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739361557_NarendraModi.jpg)
Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
[TERKINI] Amaran hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga jam 9 malam.
![Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360785_MohdEkhwanToriman.jpg)
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan pengurniaan DBNS kepada bekas Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
![Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
![PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735991241_TBFITNAH.jpg)
PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah
Naib Pengerusi PH Selangor Azli Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah berkenaan.
![PRN: Jentera PH tumpu sebar kejayaan kerajaan Selangor PRN: Jentera PH tumpu sebar kejayaan kerajaan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688789368_YahyaMatSahri.jpg)
PRN: Jentera PH tumpu sebar kejayaan kerajaan Selangor
Jentera PH akan memanfaatkan tempoh menjelang PRN untuk menyebarkan kepada pengundi di Selangor berkenaan kejayaan dicapai.
![PRN: PH Selangor sasar menang 51 kerusi PRN: PH Selangor sasar menang 51 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687691833_PilihanRayaPakatan.jpg)
PRN: PH Selangor sasar menang 51 kerusi
Pakatan Harapan (PH) Selangor meletakkan sasaran memenangi 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung Ogos ini.
![Pembahagian kerusi: Kepimpinan tertinggi PH Selangor akan bertemu dalam masa terdekat Pembahagian kerusi: Kepimpinan tertinggi PH Selangor akan bertemu dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675499790_IzhamHashim.jpg)
Pembahagian kerusi: Kepimpinan tertinggi PH Selangor akan bertemu dalam masa terdekat
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) Selangor dijangka mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tahun ini.