KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki warga Jepun kerana disyaki terbabit dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam dalam serbuan terhadap sebuah kediaman di ibu negara, Isnin lepas (13 Nov).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan kesemua suspek berusia 23 hingga 41 tahun itu dibuat selepas menerima laporan daripada pihak Kedutaan Jepun di Malaysia pada hari sama.
"Pihak Kedutaan Jepun memaklumkan mereka menerima aduan (daripada) seorang warganya yang ditipu dengan tawaran pekerjaan di Malaysia dan hanya mengetahui menjadi mangsa penipuan selepas tiba di negara ini dengan tawaran berkerja sebagai scammer.
"Sindiket ini menjalankan kegiatan phone scam menggunakan aplikasi Skype dengan menyasarkan warga Jepun," katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.
Ramli berkata siasatan lanjut juga mendapati modus operandi sindiket itu adalah dengan menyamar sebagai pegawai bank bagi memperdayakan mangsa bahawa akaun bank mereka mempunyai masalah dan perlu membuat bayaran ke akaun bank sindiket bagi menyelesaikannya.
Beliau berkata dalam serbuan itu, sebanyak 11 unit telefon bimbit, sebuah modem, satu plastik hitam yang mengandungi beberapa barangan elektronik, satu tukul besi dan serangkai kunci, dirampas dan kesemua suspek yang telah ditahan reman sehingga semalam kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Walaupun penglibatan warga Jepun dalam kegiatan penipuan di negara ini jarang kita dengar tetapi sindiket ini gigih mencari pelbagai cara baharu untuk mencari mangsa," katanya sambil menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan taktik baharu sindiket penipuan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 115 laporan diterima membabitkan kerugian RM118.6 juta berhubung kes pengubahan wang haram melibatkan syarikat pelaburan i-Serve yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.
Ramli berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan dan setakat ini 10 individu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Siasatan terhadap i-Serve dan rangkaian syarikat di bawahnya bermula pada 17 Okt lepas apabila pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Ramli berkata tangkapan kesemua suspek berusia 23 hingga 41 tahun itu dibuat selepas menerima laporan daripada pihak Kedutaan Jepun di Malaysia pada hari sama. - Gambar hiasan/Freepix

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.

Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.

Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.

Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.

Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.

Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.

Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.