PETALING JAYA: Pemain sayap lincah, Muhammad Faisal Abdul Halim yang ketika ini sedang menjalani tempoh isolasi selepas disahkan positif COVID-19, boleh beraksi pada bila-bila masa dalam saingan Piala AFF di Singapura sekiranya ujian saringan dijalankan selepas ini negatif virus berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, situasi itu ternyata berbeza dengan seorang lagi pemain, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid yang turut positif COVID-19, apabila bakal kehilangan peluang beraksi di Singapura sekiranya ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memutuskan untuk menggantikan tempatnya dengan penjaga gol lain.
"Jika pemain didapati negatif hari ini, maka dia boleh sertai pasukan serta-merta, kita doakan agar pemain terlibat dapat kembali bersama pasukan secepat mungkin.
"Kebenaran juga sudah diberi untuk tukar penjaga gol, di mana jika bawa pemain lain maknanya Khairulazhan tidak boleh bermain di Piala AFF," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan antara FAM dan Al-Ikhsan Sdn Bhd di sini, hari ini.
Namun, Mohd Saifuddin memaklumkan, hanya Cheng Hoe yang boleh memuktamadkan sama ada mahu mengekalkan khidmat Khairulazhan atau memanggil penjaga gol dikehendaki itu ke dalam skuad sedia ada ketika ini.
Mohd Saifuddin berkata, penjaga gol tersebut juga akan menjalani prosedur ketat termasuk memohon kelulusan daripada kerajaan Singapura, menjalani ujian saringan 'Polymerase Chain Reaction' (PCR) dan tempoh isolasi selama 24 jam, sebelum dibenarkan menyertai kem Harimau Malaya.
Ketiadaan Khairulazhan menyaksikan Harimau Malaya mempunyai dua sahaja penjaga gol yang boleh diturunkan untuk menghadapi saingan berkenaan iaitu penjaga gol berpengalaman, Khairulfahmi Che Mat selain pendatang baharu, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Awal hari ini, Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) meluluskan permohonan rasmi FAM untuk menggantikan pemain bagi menjaga benteng terakhir negara dalam kempen kejuaraan Piala AFF yang sedang berlangsung ketika ini.
Ahad lepas, FAM mengesahkan Khairulazhan dan Muhammad Faisal atau lebih dikenali 'Mickey' disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR), yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Jumaat lepas diperoleh.
Kedua-dua pemain tersebut yang tidak bergejala diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari mengikut protokol Kementerian Kesihatan Singapura, dengan ujian COVID-19 dilakukan pada setiap hari sekali gus terlepas tiga aksi pertama Kumpulan B kejuaraan itu.
Berdasarkan undang-undang pertandingan, tiada sebarang penambahan dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran pemain, kecuali pertukaran melibatkan posisi penjaga gol.
Malaysia membuka kempen Piala AFF 2020 dengan langkah kanan selepas menumpaskan Kemboja 3-1 semalam dan akan bertemu Laos, Khamis ini sebelum menamatkan baki saingan kumpulan berdepan juara bertahan Vietnam dan Indonesia masing-masing pada 12 dan 19 Dis ini.
Dalam pada itu, Mohd Saifuddin berkata, FAM masih memberi masa kepada pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) Brad Maloney, yang ketika ini dilaporkan sedang cuti rehat, untuk menandatangani kontrak baharu atau sebaliknya selepas kontraknya tamat penghujung tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
![Piala AFF: 'Mickey' boleh beraksi sekiranya negatif COVID-19 Piala AFF: 'Mickey' boleh beraksi sekiranya negatif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638882132_FaisalAbdulHalim.jpg)
Muhammad Faisal yang sedang menjalani tempoh isolasi selepas disahkan positif COVID-19 boleh beraksi pada bila-bila masa dalam saingan Piala AFF di Singapura sekiranya ujian saringan dijalankan selepas ini negatif virus berkenaan. - Gambar BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.