SHAH ALAM: Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan optimis skuad Harimau Malaya mampu mencuri mata pada perlawanan pembukaan bertemu Jordan dan Bahrain di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Jan hingga 10 Feb depan.
Bekas penyerang Selangor itu berkata keyakinan itu muncul setelah melihat percaturan ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon yang banyak 'menampal' kelemahan pasukan negara selain prestasi memberangsangkan tahun ini.
"Kita lawan dengan Bahrain dan Tajikistan tidak jauh ketinggalan matanya, itu sebelum Pan Gon memperbaiki pasukan, jadi saya lihat pasukan Jordan tidak jauh beza (prestasinya) dengan Tajikistan sekiranya mereka memberikan persembahan terbaik dan konsisten.
"Harimau Malaya juga pernah ketinggalan jaringan semasa lawan dengan pasukan Kyrgyzstan namun bangkit untuk memenangi perlawanan, kalau kekalkan prestasi itu di Piala Asia saya yakin mereka boleh kalahkan Jordan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Harimau Malaya sebelum ini kalah tipis 1-2 kepada Bahrain pada Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun 2022 manakala perlawanan bertemu Tajikistan di Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober menyaksikan skuad negara tewas 0-2.
Bagaimanapun, Malaysia kemudian mencipta sensasi apabila menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dengan melakukan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 3-1 dalam aksi sulung Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November lepas.
Malaysia akan menentang Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E Piala Asia 2023 pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali yang juga pasukan pilihan Korea Selatan pada 25 Jan.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata keyakinan untuk mencuri mata bertambah apabila Pan Gon memasukkan penyerang naturalisasi baharu Kuala Lumpur (KL) City FC Romel Morales yang disifatkannya sebagai tindakan bijak untuk menghadirkan tentangan sengit di Qatar kelak.
Selain itu katanya bahagian pertahanan Harimau Malaya juga telah menunjukkan peningkatan ketara pada tahun ini.
"Kita sudah nampak kekebalan pertahanan kita, tapi ada juga buat kesalahan tak sepatutnya dibuat, ini adalah pengajaran yang perlu dibaiki, saya rasa Pan Gon tahu apa yang diinginkan daripada pemain pertahanan, kesilapan yang dilakukan perlu diperbaiki," katanya.
Sementara itu, bekas pengendali skuad muda negara itu berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari pengganti Arab Saudi bagi aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023.
FAM sebelum ini mengesahkan aksi persahabatan bertemu Arab Saudi terpaksa dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharunya Roberto Mancini yang mencongak pasukannya berkemungkinan bertemu Malaysia pada pusingan 16 terbaik Piala Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023

Zainal Abidin berkata, keyakinan untuk mencuri mata bertambah apabila Pan Gon memasukkan Romel Morales yang disifatkannya sebagai tindakan bijak untuk menghadirkan tentangan sengit di Qatar kelak. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.

Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
Bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara Datuk Lim Teong Kim berpendapat dasar program naturalisasi perlu dihentikan.

Pan-gon perlu hati-hati buat pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan
Zainal Abidin mengingatkan Kim Pan-gon supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan.

Syria gambaran awal kekuatan Harimau Malaya
Harimau Malaya perlu melakar kemenangan ke atas Syria sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan sebelum bertemu Jordan, kata Zainal Abidin.

Piala Asia: Harimau Malaya mampu curi mata di perlawanan pembukaan - Zainal Abidin
Keyakinan muncul setelah melihat percaturan Pan Gon banyak 'menampal' kelemahan pasukan negara selain prestasi memberangsangkan tahun ini.

Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.

Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?
Nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Zainal tuntut penyerang tempatan lebih tajam, keluar dari bayang awang import
Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.

Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi
Datuk Zainal Abidin tidak meletakkan sebarang syarat kepada isteri baharunya itu aktif dalam dunia seni suara.