KUALA LUMPUR: Gandingan penembak negara, Johnathan Wong dan Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin tersingkir seawal pusingan kelayakan acara 10 meter (m) air pistol berpasukan campuran pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Jakarta, hari ini.
Menerusi laman sesawang kejohanan, issf-sports.org, pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam, Johnathan dan pemenang empat pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Nurul Syasya Nadiah sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 18 pasukan dengan catatan 564 mata.
Kegagalan Johnathan dan Nurul Syasya Nadiah untuk mempamerkan aksi terbaik pada pusingan kelayakan menyebabkan mereka tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok enam terbaik untuk merebut pingat.
Ini kerana berdasarkan format kejohanan, dua tempat teratas akan membuat perhitungan pingat emas, manakala selebihnya akan bersaing meraih gangsa.
Pasangan tuan rumah, Muhamad Iqbal Raia Prabowa-Arista Perdana Putri Darmoyo menguasai pusingan kelayakan dengan membidik 579 mata.
Kejohanan bermula Jumaat lepas (27 Jan) dan akan berakhir pada 7 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Johnathan Wong menjalani latihan tidak rasmi sebelum menyertai pusingan kelayakan pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Jakarta, 27 Jan 2023. - Foto Instagram Johnathan Wong Guanjie
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Suspek serangan masjid Christchurch mengaku salah atas semua pertuduhan
Tarrant sebelum ini menafikan semua tuduhan terhadapnya dan bakal berdepan perbicaraan pada Jun nanti.