CHELSEA 1 BRIGHTON & HOVE ALBION 0
Chelsea boleh menghela sedikit kelegaan daripada pemulaan hambar di bawah bimbingan Mauricio Pochettino musim ini apabila gol tunggal Nicolas Jackson memastikan kemenangan 1-0 ke atas Brighton dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Pelawat bimbingan Roberto De Zerbi mempamerkan aksi bersemangat tinggi dan lebih banyak menguasai permainan tetapi gerakan serangan balas berkesan yang dilakukan tuan rumah sudah cukup untuk memberikan kegembiraan buat penyokong mereka di Stamford Bridge.
Chelsea melewati tiga perlawanan terakhir tanpa menjaringkan sebarang gol tetapi kemarau itu tamat apabila Jackson menghasilkan gol tunggal perlawanan pada awal babak kedua selepas menerima umpanan Cole Palmer, di mana dia tenang menghasilkan penyudah ke penjuru gawang lawan selepas sekian lama bergelut di depan gol.
Ia hanya merupakan kali ketiga pasukan kendalian Pochettino itu mendahului dalam sesuatu perlawanan sepanjang musim ini dan Jackson sekali lagi menggegarkan gawang lawan tidak lama kemudian tetapi keraiannya tidak bertahan lama selepas disahkan berada di kedudukan ofsaid.
Brighton turut memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan pada lewat permain apabila Pervis Estupinan berhasil mencuri bola dan melakukan lintangan di depan gawang Chelsea tetapi tiada rakan sepasukannya dapat menemui hantaran itu.
Astro Arena
Thu Sep 28 2023

Nicolas Jackson meraikan kejayaan bersama rakan-rakan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika perlawanan Piala EFL pusingan ketiga antara Chelsea dan Brighton di Stamford Bridge Stadium, London, 27 Sept 2023. (Foto AP)

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.

Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.