PETALING JAYA: Selepas dua tahun berturut-turut saingan Piala Presiden dan Piala Belia dibatalkan akibat pandemik COVID-19, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Firdaus Mohamed yakin kejohanan itu dapat dianjurkan pada awal tahun depan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM berkata, pihaknya bersetuju untuk mengadakan kejohanan pembangunan bagi pemain bawah-21 tahun (Presiden) dan bawah-19 tahun (Belia) itu pada pertengahan atau akhir Februari 2022.
"Kita sudah menghantar permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jadi kita harap kejohanan ini berjalan dengan lancar mengikut format asal dan tidak berlaku sebarang masalah.
"(Pemain muda) sudah dua tahun tak main dalam liga kompetitif, ia membantutkan usaha FAM dalam mencari bakat baharu. Insya-Allah, kita yakin dan percaya tahun depan dapat diadakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pramusim "Penalti Super League" (PSL) 2021 di sini, hari ini.
Mengikut format sebelum ini, kesemua pasukan bertanding (antara 20 hingga 22 pasukan) diundi dalam dua kumpulan dengan empat pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.
FAM telah menukar format untuk mengadakan pertandingan peringkat kumpulan mengikut zon bermula edisi 2020 bagi mengurangkan kos perjalanan, namun edisi 2020 dan 2021 bagi kedua-dua kejohanan itu terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19.
Menurut Mohd Firdaus, pihaknya juga bakal mewujudkan kembali Piala FAM kepada pemain bawah-25 tahun mengikut format kalah mati selepas berakhir kempen Piala Belia dan Piala Presiden tahun depan.
"Mana-mana pasukan yang tidak berpeluang untuk main Liga M3 atas kekangan kewangan dan sebagainya, kita beri peluang main dalam kejohanan ini, sebab kita lihat sebelum ini Liga FAM melahirkan banyak pemain yang mewakili Malaysia," jelasnya.
Piala FAM yang pada awalnya diadakan secara kalah mati, ditukar ke format liga dengan dikenali sebagai Liga FAM bermula 2008 tetapi dijenamakan semula sebagai Liga M3 bermula 2019.
Sementara itu, Mohd Firdaus berkata beliau akan membawa cadangan untuk menjalinkan kerjasama dengan PSL pada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan seterusnya, yang memberikan pendedahan terbaik buat pemain sebelum menggalas tanggungjawab cukup penting ketika perlawanan sebenar.
Pusingan awal PSL akan diadakan selama empat siri bermula hari ini, 21 dan 27 Nov serta 5 Dis, dengan setiap siri akan disertai 64 pasukan. Lapan pasukan terbaik setiap siri akan layak ke acara kemuncak, iaitu The Final pada 12 Dis untuk merebut hadiah wang tunai RM15,000 selaku juara.
Juara dan naib juara PSL kemudian akan menyertai "Penalti Champions League" menentang pemenang lain dari Liga Penalti Rakyat (LPR) Jelajah Malaysia dan Raja Penalti 2021/2022 yang menawarkan hadiah RM30,000 kepada juara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021

FIRDAUS: Kita sudah menghantar permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jadi kita harap kejohanan ini berjalan dengan lancar mengikut format asal dan tidak berlaku sebarang masalah. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perlu usaha sama FAM, MFL untuk biaya kos VAR - Naib Presiden FAM
Pengeluaran dana bagi menampung kos penyediaan peralatan teknologi VAR, memerlukan usaha sama FAM dan MFL.

Piala Presiden, Belia dijangka kembali pada Februari 2022
Permohonan sudah dihantar kepada MKN, dan diharap kejohanan itu berjalan dengan lancar mengikut format asal dan tanpa masalah.

Amirudin mahu kemelut landa FAS segera diselesaikan
Walaupun sebelum ini Tengku Amir sudah bertitah enggan mengadakan kongres luar biasa (EGM) dalam badan induk itu, namun beberapa ahli gabungan tetap berdegil.

Saingan Piala FAM 2018 lebih mencabar
Format baharu itu diperkenalkan selepas menerima maklum balas daripada pasukan-pasukan bertanding selain bertujuan menjadikan pertandingan tersebut lebih kompetitif.