KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan itu di Salahah, Oman, hari ini.
Aksi di Kompleks Belia Sultan Qaboos menyaksikan Korea Selatan terlebih dahulu berada di depan apabila Lim Dohyun menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-22.
Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari menyamakan jaringan buat Malaysia menerusi gol padang selang empat minit kemudian.
Bagaimanapun, Yoo Seungho muncul wira Korea Selatan apabila meledak gol kemenangan menerusi jaringan padang pada minit ke-37 sekali gus melunaskan misi balas dendam selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Malaysia dalam perlawanan ketiga Kumpulan B, 27 Mei lepas.
Skuad hoki remaja lelaki negara muncul Juara Kumpulan B apabila merekodkan kesemua empat kemenangan bermula dengan membelasah Uzbekistan 8-1, diikuti menundukkan Bangladesh 5-1 pada aksi kedua dan menang tipis ke atas tuan rumah 1-0 pada saingan terakhir serta keempat kumpulan.
Semalam, juara tiga kali, Pakistan meranapkan impian Malaysia yang dibimbing Muhamad Amin Rahim untuk ke perlawanan akhir menerusi kemenangan besar 6-2 pada peringkat separuh akhir.
Pakistan akan menentukan kejuaraan menentang India, lewat hari ini.
Keputusan diraih Malaysia hari ini menyaksikan mengulangi pencapaian muncul pasukan keempat terbaik dalam edisi sulung pada 1988 dan juga 2004, dengan kedua-duanya berlangsung di Karachi, Pakistan.
Malaysia hanya pernah menjuarai kejohanan itu sekali pada edisi 2012 sewaktu menjadi tuan rumah dengan menundukkan Pakistan, 2-1, di Melaka.
Piala Remaja Asia 2023 yang berlangsung di Oman dari 23 Mei sehingga hari ini disertai oleh 10 pasukan yang dibahagi dua kepada Kumpulan A dan B. Juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan itu di Salahah, Oman, pada Khamis. - Foto FB MHC
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Young Tigers perlu segera baiki kelemahan untuk saingan Piala Dunia Remaja
Skuad remaja kebangsaan perlu memperbaiki segera beberapa kelemahan sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja bulan depan.
Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.
Projek 2016: Skuad hoki remaja kecewakan KJ
Kegagalan skuad hoki remaja negara melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2016 adalah sangat mengecewakan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.