SKUAD hoki negara menamatkan kemarau kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) selama 39 tahun setelah menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak sebentar tadi.
Kejayaan tersebut juga menebus kekecewaan skuad Malaysian Tigers yang tewas 1-2 kepada pasukan dari negara 'kimchi' itu pada perlawanan akhir Piala Asia di Jakarta, Jun lalu.
Skuad bimbingan Arul Selvaraj membuka tirai jaringan menerusi gol padang Shello Silverius pada minit ke-15.
Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila Korea Selatan pantas menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Jang Jonghyun.
Perlawanan semakin rancak pada suku ketiga, apabila kedua-dua pasukan saling mengasak untuk menambah jaringan.
Enggan berputus asa, buruan untuk menokok gol berhasil apabila skuad Malaysian Tigers memperoleh penalti stroke pada penghujung suku ketiga.
Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abdul Rahim mudah menyempurnakan tugas itu untuk meletakkan Malaysia di depan.
Seakan menjadi gol penyuntik semangat, Malaysia menggandakan asakan dan serangan balas pantas menceriakan ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.
Penampilan pertama Muhammad Aminuddin Mohd Zain di pentas final ternyata membawa tuah apabila dia menghasilkan gol ketiga pada minit ke-48.
Menghampiri penghujung aksi, Malaysia tersentak apabila Razie dilayangkan kad kuning dan menjadi penonton untuk baki empat minit terakhir.
Kekurangan seorang pemain menyaksikan Korea Selatan memanfaatkan sepenuh peluang apabila merapatkan jurang gol menerusi pukulan sudut penalti Jeon Byunjin pada minit ke-58.
Kali terakhir skuad Malaysian Tigers mara ke pentas final PSAS ialah 2014, namun tumpas 3-8 kepada Australia.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan tersebut sebelum ini ialah muncul naib juara sebanyak lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 10 2022

Kejayaan tersebut juga menebus kekecewaan skuad Malaysian Tigers yang tewas 1-2 kepada pasukan dari negara 'kimchi' itu pada perlawanan akhir Piala Asia di Jakarta, Jun lalu. - Gambar/ Hokita
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.

Adam, pemain termuda Malaysia bagi JWC 2023
Pemain tengah berusia 17 tahun, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari menjadi pemain termuda dalam pasukan hoki Malaysia untuk cabaran Piala Dunia Remaja (JWC) Lelaki 2023.

Piala Dunia: Perlawanan persahabatan menentang Sepanyol penting - Marhan
Perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada Rabu penting bagi 'Speedy Tigers' dalam usaha menyesuaikan pemain dengan corak permainan berintensiti tinggi.

Arul harap Speedy Tigers kekal momentum untuk atasi Ireland
Skuad hoki lelaki kebangsaan bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Afrika Selatan.

Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo
Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020.