PETALING JAYA: Perlawanan Sumbangsih melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat ini akan berlangsung seperti dijadualkan.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Ia berkata, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah memberi jaminan untuk mengerahkan 1,500 anggota polis untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan hari ini turut menyatakan bahawa persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.
“Justeru dengan persiapan keselamatan yang dilakukan oleh pihak Polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih,” menurut kenyataan itu lagi.
Selangor FC pada Selasa telah menghantar permohonan secara rasmi kepada MFL supaya mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih 2024/2025.
Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu itu dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata permohonan untuk menunda perlawanan itu dibuat atas alasan faktor keselamatan.
Dalam pada itu MFL berkata, pihaknya menzahirkan perasaan simpati dan kesal terhadap insiden yang menimpa tiga pemain Liga Malaysia Akhyar Rashid (Terengganu FC), Faisal Halim (Selangor FC) dan Safiq Rahim (JDT).
“Jelas insiden berasingan ini menggemparkan negara khususnya penyokong bola sepak tempatan yang kini bersatu menyatakan sokongan dan mendoakan agar pemain terlibat dalam keadaan baik.
“MFL mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan ke atas mana-mana pemain dan berharap kes ini dapat disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya lagi.
MFL katanya tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.
Melalui mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini, MFL berkata, ia akan memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.
Firdaus Azil
Wed May 08 2024

MFL dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda
MFL mengumumkan tarikh masa dan venue yang baharu bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia.

Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.

Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.

Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.

Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.

Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.

Kontrak Stuart bersama MFL dalam rundingan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan beliau sedang merundingkan kontraknya yang bakal tamat Ogos ini.

Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai