KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengaktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli seluruh negara bagi mempergiatkan usaha vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak masyarakat itu.
Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata usaha berkenaan bertujuan memberi galakan dan penerangan kepada kanak-kanak Orang Asli untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).
Katanya, secara keseluruhan terdapat sebanyak 220,000 masyarakat Orang Asli di seluruh negara dan daripada jumlah itu sekitar 30 hingga 35 peratus adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak.
"Setakat ini, untuk vaksinasi bagi kanak-kanak Orang Asli kita tidak turun padang sepenuhnya lagi, namun selepas Hari Raya nanti kita akan cuba sedaya upaya untuk mempertingkatkan peratusan pemberian vaksin COVID-19.
"Menerusi pasukan khas yang akan diaktifkan, kita mengatur langkah agar kakitangan KPLB turun padang menggalakkan mereka menerima vaksin. Sebelum ini (vaksin golongan dewasa) orang Asli ramai menolak vaksin, namun dengan adanya kekerapan kita turun padang termasuk memberi penerangan ia dapat membantu meningkatkan jumlah penerima vaksin yang begitu ketara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media Kelantan, di sini semalam, yang turut dihadiri Lembaga Pengarah KESEDAR Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Abdul Rahman berkata bagi memastikan pasukan khas yang diaktifkan mantap dan jitu, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pejabat daerah.
Katanya, kementeriannya juga akan memaksimumkan khidmat Tok Batin bagi membantu menggalakkan kanak-kanak Orang Asli untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 memandangkan rata-rata masyarakat Orang Asli patuh kepada arahan serta tindakan Tok Batin.
"Ada segelintir daripada mereka percaya maklumat tidak benar mengenai vaksin dan mereka mudah percaya. Jadi, dengan adanya pasukan petugas ini kita akan meminta Tok Batin memainkan peranan untuk menasihatkan mereka kerana apa yang Tok Batin cakap mereka akan dengar dan lebih memberi kesan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata peratusan pemberian vaksin COVID-19 di Kelantan bagi kanak-kanak masyarakat Orang Asli berusia lima hingga 11 tahun masih rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Abdul Rahman menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KESEDAR dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media Negeri Kelantan di Kota Bharu, 12 Apr 2022. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.

PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.

KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.

Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.

PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.