PUTRAJAYA: Konsep penyampaian secara 'TED Talk' (teknologi, hiburan dan reka bentuk) diketengahkan pada format pertandingan akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021 sebagai suatu pendekatan baharu untuk memujuk dan menyampaikan mesej kepada kumpulan khalayak sasaran.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata konsep itu popular dalam kalangan pemikir dan cendekiawan dari negara maju dalam menyampaikan maklumat dan mesej kepada penonton secara santai menggunakan elemen teknologi, hiburan dan rekaan.
Beliau berkata kaedah berpidato secara konvensional yang menyaksikan seorang pemidato berhujah manakala orang lain sekadar mendengar tidak lagi menjadi pendekatan yang menarik perhatian atau berkesan dalam kalangan masyarakat.
Justeru katanya ia menuntut kesediaan untuk mengadaptasi, mengasimilasi dan menyeragamkan perkembangan pesat teknologi tersebut mengikut kepentingan semasa terutama ketika dunia dilanda wabak COVID-19.
"Saya ingin titipkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penerangan (JaPen) kerana berjaya menganjurkan pertandingan pidato dalam dimensi baharu sejajar perkembangan era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) sebagai pencetus serta pemacu kepada kemajuan negara," katanya selepas merasmikan pertandingan akhir Pidato Kenegaraan yang berlangsung secara dalam talian pada Jumaat.
Mohammad berkata penggabungan media interaktif dalam persembahan TED Talk berupaya menarik kumpulan sasaran untuk mendengar dan terus mengikuti idea yang dipersembahkan kerana perkembangan pesat teknologi telah mengubah cara berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain begitu juga dengan cara berpidato.
Seiring kemajuan teknologi komunikasi kini, beliau mencadangkan pertandingan pidato seterusnya nanti dapat membuka peluang kepada peserta-peserta dari luar negara untuk menyertainya dan ia dapat direalisasikan pada masa hadapan.
Beliau berkata menjadi harapan KKMM agar dengan penganjuran aktiviti pidato ini, peserta dapat menghayati serta membudayakan apa jua dasar, falsafah dan wawasan negara dalam diri mereka dan berupaya menyampaikannya kepada orang ramai dengan tepat dan mudah difahami.
Mohammad berkata beliau berharap pertandingan ini mencapai objektif iaitu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman tentang dasar-dasar negara, memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan, menyubur dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia dan menzahirkan rasa terima kasih dalam kalangan rakyat mengenai kemajuan dan kemakmuran negara yang dinikmati masa kini.
Pertandingan Pidato Kenegaraan 2021 yang dianjurkan kali kedua tahun ini oleh JaPen dengan tema "Kita Malaysia Bangkit Bersama" telah berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei lepas di peringkat negeri dan dilaksanakan secara hibrid menerusi penghantaran video.
Pertandingan akhir Pidato Kenegaraan peringkat Kebangsaan 2021 mengetengahkan enam peserta. Pemidato Muhd Nazmie Muhd Nasir dari Kuala Lumpur dengan tajuk pidato "Dasar Perpaduan Negara Membangun Identiti Nasional" dinobatkan juara dengan membawa pulang wang tunai RM3,000, plak dan sijil.
Tempat kedua dimenangi Mohd Amiruddin Md Nor dari Melaka dengan tajuk pidato "Rukun Negara Teras Identiti Nasional" membawa pulang wang tunai RM2,000, plak dan sijil manakala tempat ketiga dimenangi Ainun Nasibah Johar dari Sabah dengan tajuk "Bercakap Benar: Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong" membawa pulang wang tunai RM1,000, plak dan sijil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
![Pidato Kenegaraan ketengah konsep 'TED Talk', pujuk dan salur mesej kepada khalayak sasaran Pidato Kenegaraan ketengah konsep 'TED Talk', pujuk dan salur mesej kepada khalayak sasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628909130_KetuaSetiausahaKem.jpg)
Mohammad Mentek berkata kaedah berpidato secara konvensional tidak lagi menjadi pendekatan yang menarik perhatian. -Bernama
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683087072_DatukMohamadFauzi.jpg)
Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD
Beliau tiba di KKD di sini pada kira-kira 8.53 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian.
![Malaysia hasrat bangunkan ekosistem ekonomi digital mampan Malaysia hasrat bangunkan ekosistem ekonomi digital mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675984855_ADGSOM.jpg)
Malaysia hasrat bangunkan ekosistem ekonomi digital mampan
Mohammad berkata fokus Malaysia berhubung keselamatan siber dan perlindungan data dalam mesyuarat itu turut dikongsi sama oleh negara anggota ASEAN yang lain.
![Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675804194_TBMENTEK.jpg)
Malaysia berhasrat teroka teknologi generasi baharu dengan AS
Bercakap mengenai rancangan Malaysia berkaitan ekonomi digital, Mohammad menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara.
![Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664721162_PULAUSIPADAN.jpg)
Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.
![SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664378413_TBKKOM.jpg)
SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad
SKMM merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
![Hari Malaysia: Pengunjung digalak pakai busana tradisional, raikan kepelbagaian Hari Malaysia: Pengunjung digalak pakai busana tradisional, raikan kepelbagaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663043494_SambutanHariMalays.jpg)
Hari Malaysia: Pengunjung digalak pakai busana tradisional, raikan kepelbagaian
Ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara.
![Sambutan Hari Kebangsaan disiar secara langsung di semua saluran televisyen utama Sambutan Hari Kebangsaan disiar secara langsung di semua saluran televisyen utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/51563175988_950x600.jpg)
Sambutan Hari Kebangsaan disiar secara langsung di semua saluran televisyen utama
Perkara itu selaras dengan tema hari kebangsaan iaitu 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' yang berteraskan tiga tunjang utama.
![Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648127788_Iphone.jpg)
Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama K-KOMM.
![Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian' Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649281542_KetuaSetiausahaKem.jpg)
Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian'
Media massa perlu tegas dengan tanggungjawab mendidik masyarakat melalui sebaran maklumat, pendidikan dan penulisan intelektual.
![HAWANA 2022: Wartawan muda perlu kesabaran, komitmen tinggi - Mohammad Mentek HAWANA 2022: Wartawan muda perlu kesabaran, komitmen tinggi - Mohammad Mentek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653742958_TBMENTEK.jpg)
HAWANA 2022: Wartawan muda perlu kesabaran, komitmen tinggi - Mohammad Mentek
Dunia kewartawanan yang penuh cabaran ketika ini memerlukan golongan wartawan muda yang mempunyai kesabaran dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas mereka.