KLANG: Pihak berkuasa tempatan (PBT) menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.
Menerusi operasi dijalankan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), sebanyak tiga premis diperiksa.
MPK menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.
MPK menerusi kenyataan di laman Facebooknya berkata, susulan pemeriksaan itu, pihaknya mengeluarkan tiga notis dan arahan sitaan.
"Pemeriksaan melibatkan tiga premis dan hanya sebuah sahaja berlesen. Dua sitaan di bawah UUK 3 PTPP (MPK) 2007 dan satu sitaan (di bawah) UUK 3 PKPK (MPK) 2013," kata kenyataan di laman sosial itu pada Khamis.
Barang sitaan kemudiannya dihantar ke stor Jabatan Penguatkuasa MPM untuk tindakan selanjutnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 29 2023

MPK menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Pihak berkuasa serbu premis warga asing di Klang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) menggempur kawasan sekitar Taman Setia di sini dalam usaha bagi membanteras peniaga warga asing.

Tiada peniaga warga asing di Pasar Besar Jalan Meru Klang - MPK
Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan.

MPK nafi wujud unsur salah guna kuasa
MPK sentiasa menjunjung tinggi etika dan integriti dalam melaksanakan tugas malah tidak berkompromi dalam isu salah guna kuasa oleh kakitangannya.

Longgokan besi di halaman rumah ganggu jiran
Perlakuan tersebut adalah salah satu contoh sikap tidak prihatin terhadap kawasan kejiranan.

Suami isteri didakwa subahat, salah guna kedudukan
Mereka didakwa bersubahat dan menyalahguna kedudukan untuk kerja-kerja berkaitan penilaian berjumlah lebih RM570,000 bagi Majlis Perbandaran Klang.

Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

MPK siar gambar, video individu buang sampah haram
Perilaku tidak bertanggungjawab itu akan disiarkan di media sosial sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati.

Rumah retak: Buat laporan jika ada kakitangan MPK didakwa rasuah
Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, permit ubah suai rumah dan pelan lulus dikeluarkan kepada perunding pada tahun 2012.

JAS Selangor, MPK serbu premis cuci tong terpakai sebabkan pencemaran air
Premis yang menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram telah menyebabkan pembentukan buih berwarna putih di sebuah parit di Taman Ubudiah.

Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.