KUALA LUMPUR: Pihak perbankan di negara ini digesa agar mengetatkan sekuriti pengguna dalam mengeluarkan mahupun memindahkan wang secara dalam talian bagi mengurangkan kes kehilangan wang pengguna.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Negeri Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff, tindakan itu dilihat wajar susulan kes penipuan terhadap pengguna oleh pihak tidak bertanggungjawab amat meresahkan ketika ini.
"Hari ini sistem transaksi duit tidak seperti dulu lagi, sekarang kita banyak buat transaksi atas talian. Ini menyebabkan bahaya bila kita bergantung kepada satu 'gateway' (pintu), ada gateway terlalu nipis senang mendapatkan pengesahan daripada pengguna, ada yang perlukan pelbagai pintu untuk kelulusan dari pengguna sendiri.
"Jadi di sini kita sarankan kepada pihak bank untuk mengetatkan sekuriti pengguna ini. Kita pemegang akaun, kita memerlukan keselamatan duit kita di dalam bank," jelasnya.
Terima aduan mangsa
Tambah Mohammad Yusrizal, pihaknya turut mendapat pelbagai aduan mengenai kes kehilangan wang oleh pengguna bank.
Malah taktik licik scammer juga sering berjaya memperdaya pengguna.
"Ada juga pengguna yang beritahu saya simpan di dalam bank ini sudah tidak selamat lagi disebabkan sekuriti ini sangat nipis.
"Tapi kita harap supaya 'gateway' ini, kelulusan kepada pengguna perlu diperketatkan lagi. Hari ini kita pakai nombor kod kebenaran transaksi (TAC) dan sebagainya, perlu diperketatkan lagi supaya pengguna berasa selamat tidak lagi berlaku kehilangan wang mereka dalam bank," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kes itu.
Mengulas lanjut ujar Mohammad Yusrizal, pihak perbankan juga perlu mengkaji semula masa 45 hari yang diberikan kepada pengguna yang membuat aduan sekiranya kehilangan wang.
Perlu singkatkan tempoh 45 hari
Tambahnya, tempoh yang begitu lama itu perlu disingkatkan agar aduan dapat diproses serta kes diselesaikan dengan kadar segera.
"Rata-rata pengguna tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan untuk menyelesaikan perkara ini, jadi kami di Persatuan Pengguna Kedah selalu menasihatkan kepada pengguna untuk melaporkan kepada pihak bank berkenaan untuk penyelesaian kes.
"Jadi kita tengok prosedur operasi standard (SOP) pihak bank pun kalau nak selesai adalah selama 45 hari. Agak lama, kita harap pihak bank untuk mempercepatkan proses penyelesaian aduan ini," katanya.
Malah, jelasnya pengguna boleh memfailkan saman sivil terhadap mana-mana syarikat yang didapati digunakan oleh pihak scammer.
"Jadi kemudian jika tidak dapat diselesaikan kerana ada duit pengguna hilang ini dihantar ke pihak ketiga ke syarikat tertentu tanpa kelulusan pihak pengguna.
"Perkara ini perlu disiasat oleh polis dan akhirnya pengguna perlu memfailkan saman sivil. Kita memang nasihatkan failkan saman sivil sebab perkara ini amat serius," katanya.
Isu kebocoran data
Selain isu kehilangan wang oleh pengguna, Mohammad Yusrizal berkata, kebocoran data peribadi juga amat merisaukan lebih-lebih lagi apabila ada pihak ketiga (scammer) yang berjaya mendapatkan maklumat pengguna menerusi modus operandi mereka.
"Isu kebocoran data ini sering kali Persatuan Pengguna Kedah membuat resolusi kepada banyak pihak terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Jabatan Keselamatan Siber dan juga kepada Bank Negara Malaysia (BNM) telah kita usulkan banyak data-data bocor kepada pihak ketiga atau scammer.
"Mereka ini mengambil duit kita dalam bank, ada yang tanpa persetujuan, ada yang dengan persetujuan, jadi ini menimbulkan keresahan kepada pengguna.
"Isu keselamatan siber ini, perlu kerajaan merancang sebab pengguna ini apabila telah dimangsakan mereka tidak akan dapat balik duit mereka walaupun telah dibuat laporan dan sebagainya. Kita harap ada langkah tertentu mengatasi masalah ini," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Baru-baru ini beberapa kes melibatkan kehilangan wang dalam akaun bank hangat diperkatakan di media sosial.
Terbaharu, Pakar Perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah tidak terlepas menjadi mangsa apabila wang simpanannya berjumlah RM13,000 lesap dalam akaun bank miliknya.
Perkara itu dikongsi beliau menerusi laman Facebooknya, di mana menurut Dr Rafidah, terdapat tiga transaksi mencurigakan berlaku kira-kira jam 2 pagi pada Ogos lalu.
Malah jelasnya, transaksi terbabit berlaku tanpa sebarang kod kebenaran transaksi (TAC) menerusi telefon bimbitnya.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat serta aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kejadian itu.
Fareez Azman
Fri Aug 26 2022
Pihak perbankan di negara ini digesa agar mengetatkan sekuriti pengguna dalam mengeluarkan mahupun memindahkan wang secara dalam talian. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Pihak perbankan digesa ketatkan sekuriti pengguna, elak kes kehilangan wang - Persatuan pengguna
Pihak perbankan di negara ini digesa agar mengetatkan sekuriti pengguna dalam mengeluarkan mahupun memindahkan wang secara dalam talian bagi mengurangkan kes kehilangan wang pengguna.