KUALA LUMPUR: Polis selesai merakam keterangan 13 individu berkaitan penganjuran piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' yang diadakan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata semua individu berkenaan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju pagi ini bagi membantu siasatan di bawah Sek 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Beberapa individu lagi akan turut dipanggil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bekas Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua yang juga sebahagian daripada Sekretariat Solidariti Palestin antara individu yang datang memberi keterangan pada pukul 10.30 pagi bersama 11 individu lain.
Turut memberi keterangan, Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan, Setiausaha Agung MUDA Amir Hariri Abd Hadi, peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Hasbie Muda Presiden Sejagat, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan dan aktivis sosial Hishamuddin Rais.
Tian Chua berkata pihaknya memberikan kerjasama baik kepada polis dan menjawab soalan berkaitan piket yang diadakan selama enam hari bermula 26 Dis lepas.
"Saya percaya apa yang kami lakukan adalah sah dan mengikut undang-undang...terpulang kepada polis menentukannya jika mereka berpendapat sebaliknya.
"Mereka (polis) masih mengumpul bukti sama ada ia menyalahi undang-undang atau tidak... ia masih awal untuk menentukannya, katanya pada sidang media selepas memberi keterangan di IPD Wangsa Maju di sini, hari ini.
Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan sebanyak 21,822 rakyat Palestin setakat 31 Dis lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.
Solidariti berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat itu sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Tian Chua (tiga,kiri) yang juga sebahagian daripada Sekretariat Solidariti Palestin selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju hari ini. - Foto Bernama
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Empat PPS dibuka di Telupid
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid, SABAH susulan banjir yang melanda daerah itu.

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Helikopter Presiden Honduras lakukan pendaratan cemas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan pendaratan cemas pada Selasa di kawasan pergunungan di bahagian barat laut negara itu, lapor Xinhua.
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.

Piket Kepung Demi Palestin: Polis rakam keterangan 13 individu
Polis selesai merakam keterangan 13 individu berkaitan penganjuran piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin'.