KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, di sini, yang diadakan sejak semalam susulan penganjurannya dilakukan tanpa permit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kertas siasatan berkenaan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata sehingga kini, polis belum memanggil penganjur piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' untuk diambil keterangan kerana menunggu perhimpunan aman itu selesai Ahad ini.
"Para peserta ketika ini masih patuh arahan polis dan mereka tidak menghalang laluan jalan raya di kawasan itu. Selain itu, anggota-anggota polis juga berkawal dan meninjau kawasan itu pada setiap hari selama 24 jam," katanya kepada Bernama malam ini.
Mengulas mengenai tindakan segelintir peserta yang memasang khemah di kawasan itu, Ashari berkata polis tiada hak untuk merobohkan khemah-khemah itu kerana ia tidak didirikan di hadapan bangunan kedutaan negara berkenaan.
"Khemah-khemah berkenaan dipasang di kawasan siar kaki maka itu di bawah kawalan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk diambil tindakan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa buah khemah masih didirikan di sekitar kawasan itu walaupun polis telah melarang peserta untuk mendirikan sebarang struktur sepanjang piket tersebut.
Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin setakat 24 Dis lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.
Solidariti di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kertas siasatan berkenaan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Piket Palestin: Polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, yang diadakan sejak semalam susulan penganjurannya dilakukan tanpa permit.

Kepung Demi Palestin: Peserta piket solidariti dinasihat tidak berkhemah berhampiran Kedutaan AS - Polis
PDRM menasihati peserta piket solidariti untuk Palestin supaya tidak mendirikan sebarang struktur atau khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.