Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang membangunkan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber (PIKKS), satu pelan strategik menggariskan peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak berkepentingan dalam pelaksanaan program kesedaran keselamatan siber di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelan itu bertujuan menyelaras pelaksanaan program kesedaran keselamatan siber di peringkat nasional dalam memastikan lebih ramai orang awam mendapat manfaat daripada penganjuran program kesedaran tersebut.
"Ia juga akan dilengkapi dengan perancangan dalam mempromosikan kesedaran dan keselamatan siber, memupuk dan meningkatkan kesedaran pengguna internet dan media sosial khususnya golongan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa," katanya.
Dr Wan Azizah berkata demikian dalam satu temu bual khas bersama Bernama dan RTM di pejabatnya di sini.
Beliau menambah selain orang awam, PIKKS juga akan memfokuskan kepada penerapan amalan kebersihan siber kepada organisasi awam dan swasta termasuk Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII).
Katanya dokumen PIKKS itu dijangka dikeluarkan pada Oktober tahun ini selepas mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata latih amal krisis siber negara yang dikenali sebagai X-Maya dijangka diadakan November tahun ini melibatkan sekurang-kurangnya 100 agensi CNII bagi menguji kesiapsagaan dalam menghadapi ancaman serangan siber.
"Tahun lepas kita terlibat di peringkat Asia Pasifik, kita pernah buat di Malaysia dan tahun ini sekali lagi kita akan buat dalam negara. Inisiatif ini akan membantu kerajaan mengenal pasti kelemahan dan jurang daripada aspek prosedur dan kepakaran teknikal agensi kritikal negara seterusnya melaksanakan penambahbaikan dalam meningkatkan tahap keselamatan siber secara keseluruhan," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan seramai 100 wanita akan dipilih pada tahun ini bagi menyertai program Memperkasa Wanita dalam Pengurusan Risiko Siber (EWCRM).
Program itu menyasarkan golongan wanita profesional yang telah berhenti kerja melebihi tempoh enam bulan atas sebab peribadi dan keluarga untuk diberikan latihan dan kemahiran dalam bidang keselamatan siber.
"Program ini merupakan sambungan program yang telah dilaksanakan pada tahun lepas di mana 30 wanita telah menyertai program yang memfokuskan antaranya latihan dan kemahiran pengurusan keselamatan siber, perlindungan data peribadi, pengurusan risiko dan insiden keselamatan siber," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020

Dr Wan Azizah mengumumkan seramai 100 wanita akan dipilih pada tahun ini bagi menyertai program Memperkasa Wanita dalam Pengurusan Risiko Siber. --fotoBERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Di Jepun, pekerja yang pemalu dan gugup upah agensi untuk berhenti kerja
Pekerja yang pemalu dan gugup boleh upah agensi untuk maklum pada majikan mereka jika mahu berhenti kerja.

Guru tadika terkejut raih ganjaran lebih 10 tahun gaji dalam penstriman langsung
Dengan penampilan dan kaedah pengajarannya yang menarik, Huang telah memperoleh lebih 4.3 juta pengikut pada akaun TikToknya.

Budaya 1MDB: Ikut arahan atau berhenti - Kata bekas CEO
Bekas CEO itu dalam kenyataannya berkata beliau tidak berani membangkitkan kebenaran kerana takut akan menjejaskan kerjaya dalam 1MDB.

Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan
Pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta-merta juga boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga 6 bulan.

Berhenti kerja demi jaga anak hidap kanser otot
Terpaksa berhenti kerja sejak sebulan lepas demi memastikan anak perempuan mereka berusia empat tahun Saffiya Aisyah dirawat dengan baik.

PKP: GLC Sabah jangan tamat khidmat atau potong gaji kakitangan - Mohd Shafie
Beliau berkata ini bagi memastikan kakitangan terbabit masih memperoleh gaji bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencabar ini.

Semua terlibat pemberhentian, pengurangan gaji pekerja diminta lapor kepada Pejabat Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah melaksanakan inisiatif menyalurkan maklumat secara telus berhubung perkara itu.

PIKKS selaras pelaksanaan program kesedaran siber - Wan Azizah
Selain orang awam, PIKKS juga akan memfokuskan kepada penerapan amalan kebersihan siber kepada organisasi awam dan swasta termasuk Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII).

Bekas pegawai khas tertekan, Najib arah ke China untuk 'selamatkan' hutang 1MDB
Ia bermula dengan arahan untuk pergi ke China bertujuan mengesahkan terdapat persefahaman untuk meningkatkan hubungan dan pelaburan Malaysia-China.

'Isteri hanya pertahan suami yang dikecam, dihina'
Aida membuka mulut mengenai perletakan jawatan suaminya yang dibuat pada tahun 2015 di Instagram dan menyifatkan 'Media Itu Bersifat Dimiliki'.