WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump telah bersetuju untuk mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya Presiden tahun ini.
Debat antara Biden dan Trump yang dianggap calon Presiden mewakili parti Demokrat dan Republikan akan disiarkan oleh dua rangkaian televisyen CNN dan ABC, lapor Xinhua.
"Saya telah menerima jemputan daripada @CNN untuk debat pada 27 Jun. Giliran anda, Donald. Seperti yang anda katakan: di mana sahaja, pada bila-bila masa, di mana-mana tempat," kata Biden menerusi hantaran di X.
Menurut Presiden, beliau juga telah menerima jemputan untuk satu lagi debat yang dihoskan oleh ABC pada 10 Sept.
Sementara itu, Trump mengesahkan bahawa beliau akan berdebat dengan Biden pada dua waktu yang dicadangkan iaitu Jun dan September, sambil menambah bahawa beliau sangat mengesyorkan lebih daripada dua debat.
Menurut CNN, debat itu akan diadakan di studio Atlanta rangkaian berkenaan tanpa kehadiran penonton.
ABC juga melaporkan bahawa Biden dan Trump telah bersetuju untuk debat waktu perdana di studio ABC News. - BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Joe Biden (kanan) dan Donald Trump telah bersetuju untuk mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya Presiden tahun ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perang dagang AS-China, Malaysia tidak perlu bimbang
Malaysia mempunyai kelebihan dan perlu bijak menggunakan kelebihan daya saing di rantau Asia Pasifik.

Biden mengaku ‘buat silap’ semasa debat di CNN
"Saya mengalami malam yang buruk. Dan hakikatnya, saya telah melakukan kesilapan."

Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran
Beberapa nama besar dalam dunia hiburan dan budayawan Indonesia turut hadir ke Jakarta Convention Center bagi mengikuti debat tersebut.

Trump kembali ke White House selepas 6 hari dijangkiti COVID-19
BIARPUN baru enam hari terkena jangkitan COVID-19, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilapor kembali menjalankan tugasnya di Oval Office, White House pada Rabu.

Debat presiden AS pusingan kedua: Apa yang berbeza?
Berbanding pusingan pertama, debat kali ini menampilkan format berlainan dan kedua-dua calon bertembung sengit dalam isu peribadi.