LONDON: Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Pengumuman tarikh penentuan itu dibuat di hadapan pejabat rasminya di 10th Downing Street, London pada Rabu.
Beliau dalam ucapannya berkata 'ini adalah masa untuk Britain menentukan masa depannya.'
"Raja Charles III telah memperkenan permohonan untuk membubarkan Parlimen dan kita akan mengadakan pilihan raya pada 4 Julai," katanya.
Pemimpin parti negara yang mempunyai sejarah sistem pentadbiran yang lampau itu lagi turut menyentuh isu yang paling menghimpit rakyat Britain iaitu berkenaan inflasi.
Jelas beliau, sepanjang menakhoda Parti Konservatif, kerajaannya berjaya menurunkan kadar inflasi kepada 2.3 peratus setakat April tahun ini.
Katanya, ia sekali gus membuktikan bahawa setiap pelan dan keutamaan agenda ekonominya berjaya.
"Ini adalah merupakan pencapaian ekonomi yang tidak mudah tetapi ia hanya satu permulaan buat Britain," jelasnya dalam ucapan sama.
Bagi pemerhati politik Britain, tarikh 4 Julai menjadi taruhan penting buat pentadbiran Britain kerana berdasarkan tinjauan semasa, Parti Buruh yang dipimpin Keir Starmer dari blok pembangkang mendahului 20 mata jangkaan keputusan pilihan raya dengan isu inflasi menjadi faktor utama penentuan.
Agensi
Wed May 22 2024

Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu. - Foto REUTERS/Hollie Adams

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.

Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.