LONDON: Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak pada Rabu menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Dalam pengumuman yang dibuat di hadapan pejabat rasminya di 10th Downing Street, di sini, dalam hujan, beliau menyorot betapa pentingnya rakyat Britain membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang.
Ini kerana ia berlangsung di saat dunia menyaksikan kekejaman dan konflik ekonomi yang dilihatnya sebagai memecah belahkan masyarakat.
Untuk memahami permulaan perjalanan pemilihan pentadbiran Britain, ikuti intipati ucapan beliau ini:
"Saya telah bercakap dengan Raja Charles untuk memohon pembubaran Parlimen.
"Raja Charles telah memperkenan permohonan ini dan kita akan mengadakan pilihan raya pada 4 Julai.
"Pilihan raya ini diadakan dalam tempoh yang mana dunia dalam keadaan lebih bahaya berbanding perang saudara.
"Perang Rusia dengan Ukraine digerakkan oleh (Vladimir) Putin dan beliau berhenti selagi tidak berjaya. Perang ini juga telah menyebabkan kita berhadapan dengan krisis tenaga.
"Di rantau Asia Barat, kita melihat keganasan yang mengancam kestabilan rantau serta global secara keseluruhannya.
"Tekanan ini membuatkan para pengganas meremehkan nilai dan memecah belahkan masyarakat kita.
China pula cuba mengambil alih abad ke-21 ini dalam bidang teknologi, krisis pelarian pula digunakan oleh negara-negara musuh untuk mengancam keselamatan sempadan kita.
"Dalam masa tidak tentu ini, kita perlu mengambil langkah berani untuk menentukan masa depan kita," kata beliau dalam ucapan penting itu.
Menurut Sunak juga: "Saya berharap, setiap hasil sejak menjadi Perdana Menteri menunjukkan bahawa kita mempunyai rancangan dan bersedia untuk mengambil tindakan berani untuk negara kita berkembang maju.
"Sekarang, saya telah berpegang teguh dengan rancangan itu dan sentiasa jujur a tentang apa yang diperlukan, walaupun ketika itu sukar kerana saya dibimbing untuk melakukan apa yang betul untuk negara kita, bukan apa yang mudah.
"Saya tidak boleh menyatakan perkara sama untuk Parti Buruh kerana saya tidak tahu apa yang mereka tawarkan. Dan sebenarnya, saya rasa awak juga tidak tahu kerana mereka tidak mempunyai rancangan.
"Tidak ada tindakan berani dan akibatnya masa depan tidak menentu dengan mereka.
"Pada 5 Julai, sama ada Keir Starmer atau saya akan menjadi Perdana Menteri. Dia telah menunjukkan berkali-kali bahawa dia akan mengambil jalan mudah dan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.
"Jika dia gembira untuk meninggalkan semua janji yang dia buat untuk menjadi pemimpin Buruh, apa yang membuatkan dia tidak melakukan perkara yang sama jika dia menjadi Perdana Menteri?
"Jika anda tidak mempunyai keyakinan untuk berpegang kepada apa-apa yang anda katakan, jika anda tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu orang apa yang anda mahu lakukan, dan jika anda tidak mempunyai rancangan, bagaimana anda boleh dipercayai untuk memimpin negara kita, terutamanya pada masa yang paling tidak menentu ini?
"Dalam beberapa minggu akan datang, saya akan berjuang untuk setiap undian. Saya akan mendapat kepercayaan anda. Dan saya akan membuktikan kepada anda bahawa hanya kerajaan konservatif yang dipimpin oleh saya tidak akan membahayakan kestabilan ekonomi kita yang dicapai dengan titik peluh untuk memulihkan negara dan mengembalikan keyakinan orang luar terhadap negara kita.
"Dengan rancangan yang jelas dan tindakan berani akan memberikan masa depan yang terjamin untuk anda, keluarga anda dan United Kingdom kita,"
* Ucapan penuh ini adalah berdasarkan sumber video yang dikongsi oleh Reuters.
Nickyson Nyambar
Wed May 22 2024

Rishi Sunak menyorot betapa pentingnya rakyat Britain membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang pada pilihan raya negara itu pada 4 Julai depan. - Gambar Reuters

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.

Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.