PILIHAN Raya Presiden Amerika Syarikat tahun ini melakar sejarah baharu apabila ia diadakan tatkala negara itu menjadi negara paling teruk dilanda pandemik COVID-19.
Keputusan undian pos, lonjakan pungutan suara awal dan langkah keselamatan dan pencegahan COVID-19 telah mengubah hampir setiap aspek pengundian.
Dengan pengundian awal sudah dijalankan di semua 50 negeri, ini antara perkara baharu semasa pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2020:
1. Undi secara pos meningkat
Perkhidmatan ini sering digunakan oleh mereka yang menetap di luar negara seperti tentera, namun popularitinya semakin meningkat sewaktu pandemik ini.
Ia selepas lebih 80 juta pemilih berdaftar memohon untuk mengundi menerusi pos, dua kali ganda daripada pilihan raya sebelum ini.
2. Langkah keselamatan
Penjarakan fizikal bukanlah satu-satunya langkah pencegahan tatkala proses pilihan raya ini berlangsung.
Penghadang plexiglass antara pengundi dan petugas pengundian, cecair sanitasi tangan dan mengundi secara pandu lalu antara norma baharu pemilihan kali ini.
3. Beratur panjang dan menunggu lama
Jumlah mereka yang memilih untuk mengundi secara fizikal masih lagi ramai.
Ia telah menyebabkan para pengundi awal terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama di beberapa kawasan pengundian.
Wujud gesaan supaya pengendali pusat-pusat pengundian untuk memastikan masalah itu diselesaikan segera bagi mengelak sebarang jangkitan berlaku.
4. Tetapkan pendirian
Wujud gesaan untuk para pengundi untuk menetapkan pendirian - bukan siapa yang mahu dipilih, tetapi cara pengundian dilakukan.
Sekiranya seseorang pengundi itu memilih untuk mengundi secara pos, namun bertukar fikiran untuk mengundi secara fizikal, ia dilihat bakal menyukarkan situasi.
Jika pilih untuk hadir mengundi, pengundi disaran menyediakan topeng muka, pen, cecair sanitasi tangan dan keperluan lain untuk mengundi.
5. Bila keputusan diketahui?
Pemenang Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat sering diketahui melalui ramalan organisasi media.
Namun kali ini, keputusan pilihan raya tidak dapat dikeluarkan lebih awal seperti biasa akibat pandemik COVID-19.
Peraturan pengurusan dan pengiraan kertas undi awal dan undi pos adalah berbeza mengikut negeri, di mana ada kertas undi awal yang dikira terlebih dahalu sebelum hari pengundian, manakala ada yang akan dikira pada hari pengundian.
Ada yang menjangkakan keputusan rasmi siapa Presiden Amerika Syarikat yang baharu mungkin mengambil masa berhari-hari, malah berminggu.
Astro Awani
Tue Nov 03 2020
Seorang pemilih berdaftar menyerahkan kertas undinya secara pandu lalu kepada petugas pilihan raya untuk dimasukkan ke dalam peti undi di Cleveland, Ohio, 24 Okt, 2020. - REUTERS
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat - Laporan
Sebuah jet pejuang F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska.
Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.