KUALA LUMPUR: Syarikat, kilang dan agensi kerajaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan wabak COVID-19 boleh dikompaun hingga RM1 juta selepas pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata itu antara inti pati pindaan Akta 342 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Khamis depan.
Beliau berkata pindaan peningkatan kompaun itu juga berdasarkan penilaian, contohnya jika kesalahan berulang jumlahnya akan menjadi tinggi.
"Peraturan semasa hanya menetapkan jumlah maksimum sebanyak RM50,000 untuk syarikat dan kilang-kilang.
"Untuk individu jumlah maksimum kompaun akan kekal sebanyak RM10,000 tetapi berdasarkan situasi sekarang yang melibatkan pelaksanaan kuarantin di rumah dan sebagainya, pindaan itu juga akan menyentuh perkara seperti pemasangan peranti pengawasan," katanya dalam program Bicara Naratif Khas: Menilai Ketegasan Kementerian Kesihatan (KKM) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Ahad.
Khairy berkata pindaan itu juga amat penting dari segi penguatkuasaan kerana perkara itu akan melibatkan penurunan kuasa yang akan membenarkan bukan sahaja penguatkuasaan boleh dijalankan oleh pegawai penguat kuasa KKM tetapi juga oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.
Beliau berkata pindaaan akta itu akan melibatkan garis panduan yang jelas supaya tidak ada isu penyalahgunaan kuasa selain memberi penekanan bahawa perkara itu adalah bertujuan untuk 'future proofing' bagi memastikan perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat.
Katanya pindaan itu juga bagi memperhalusi pelaksanaan kawalan penyakit berjangkit supaya lebih efektif dan efisien.
Khairy menegaskan pihak KKM sentiasa komited dan mengambil pendirian yang tegas untuk memastikan keselamatan semua dalam usaha untuk mengawal pandemik COVID-19 dan turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Khairy berkata itu antara inti pati pindaan Akta 342 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Khamis depan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.