Ringkasan AI
- Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau April ini untuk memperkukuh perlindungan terhadap pemberi maklumat.
- RUU Kebebasan Maklumat dijangka dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini dan dibentangkan di Parlimen pada Julai, manakala RUU Sumbangan Politik dijangka dibentangkan tahun hadapan.
- SPRM komited memastikan pelaksanaan governan yang baik dalam perkhidmatan awam sebelum berakhirnya Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) pada 2028.
Bagaimanapun Azam berkata ia tertakluk kepada keputusan kerajaan berhubung pindaan akta berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan pindaan itu dijangka memperkukuh perlindungan terhadap pemberi maklumat dan memastikan undang-undang yang lebih efektif dalam membanteras salah laku serta ketirisan dalam pentadbiran.
Mengenai RUU Kebebasan Maklumat, Azam menjangkakan RUU itu akan dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini sebelum dibentangkan di Parlimen pada Julai, manakala RUU Sumbangan Politik dijangka dibentangkan tahun hadapan.
"Ini adalah komitmen kami sebagai peneraju Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bagi memastikan pelaksanaan governan yang baik dalam perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secepat mungkin, sebelum berakhir NACS pada 2028," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada 17 Dis tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) telah bersetuju supaya RUU Kebebasan Maklumat dibentangkan di Parlimen tahun ini, dengan matlamat meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dan memastikan hak individu untuk mengakses maklumat yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan terjamin serta terpelihara di sisi undang-undang.
Pada 15 Okt 2024, Anwar berkata parameter dasar baharu RUU Sumbangan Politik berada dalam pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat dan akan dimuktamadkan oleh JKPK sebelum dibentangkan di Kabinet.
Untuk rekod, inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), namun tidak terlaksana.
Selepas itu, cadangan kerangka perundangan bagi RUU itu juga pernah dikemukakan kerajaan kepada Parlimen pada November 2019 untuk dibentang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, namun hasrat itu juga tidak kesampaian.
-- BERNAMA