KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia sekali lagi menggesa supaya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 dipinda dengan semakan ke atas peruntukan terhadap perwakilan dalam pihak berkepentingan dilakukan oleh pengamal undang-undang dan Peguam Negara serta individu terkemuka di bawah Seksyen 5 Akta JCA dipilih berpandukan satu set kriteria sesuai untuk rakyat Malaysia, demi kebaikan badan kehakiman dan negara ini.
Ia juga menegaskan bahawa kuasa perdana menteri dalam pemilihan kehakiman dan proses pelantikan di bawah Akta JAC dimansuhkan bagi memastikan kebebasan suruhanjaya itu menjalankan urusannya sendiri dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai isu penting mungkin boleh melibatkan diri untuk memainkan peranan semak dan imbang. .
"Perubahan ini perlu bagi mendukung kebebasan badan kehakiman.
"Amat penting, bagi kerajaan semasa yang bertegas untuk tadbir urus yang baik, meneruskannya dengan iltizam politik untuk melakukan pindaan diperlukan kepada Akta JAC dan Artikel 122B Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah badan kehakiman yang bebas untuk sebuah sistem demokrasi yang wajar dalam negara kita," kata Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Badan Peguam Malaysia sedia membantu sepanjang masa dalam merealisasikan inisiatif ini.
Cheah berkata, badan itu juga memuji cadangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 semalam di Istana Negara supaya lima daripada sembilan ahli JAC itu tidak dilantik oleh perdana menteri agar keanggotaannya lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.
Beliau berkata, bahkan sejak 2018 Badan Peguam Malaysia telah menghantar kertas kerja lengkap kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan kerajaan sebelum ini untuk mencadangkan idea bagi mengukuhkan institusi demokrasi dalam negara ini, termasuk Akta JAC.
"Inisiatif ini mempunyai sejarahnya malah sebelum 2018 lagi, kerana Badan Peguam Malaysia prihatin berkaitan pelantikan hakim-hakim yang seharusnya bebas daripada pengaruh Eksekutif dan tujuan dasar di belakang penubuhan JAC ialah untuk mengekalkan kebebasan antara Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Eksekutif untuk memastikan ketelusan di semua peringkat.
"Badan Peguam Malaysia secara berterusan mencadangkan supaya keseluruhan barisan keahlian JAC seharusnya memaparkan kepelbagaian serta inklusif dan mencerminkan demografi populasi umum dalam setiap aspek," katanya.
Beliau berkata, barisan keahlian JAC mencerminkan masyarakat Malaysia, ia akan meningkatkan keyakinan orang awam dan penerimaan keputusan yang dibuat badan kehakiman kerana hakim-hakim ini akan mewakili dan membuat keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia.
Beliau seterusnya menekankan Badan Peguam Malaysia secara konsisten menggesa desentralisasi kuasa Eksekutif dalam aspek penting proses pelantikan kehakiman.
"Satu contoh kuasa Eksekutif dalam pelantikan itu seperti dalam Seksyen 5 Akta JAC yang menyatakan lima daripada sembailan ahli JAC - iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan dan empat individu terkemuka dilantik oleh Perdana Menteri.
"Pelantikan individu terkemuka membuka kebarangkalian bekas anggota Eksekutif dan perkhidmatan awam, Ahli Parlimen dan ahli politik boleh duduk di dalam JAC dan Badan Peguam Malaysia menegaskan bahawa kebarangkalian itu seharusnya ditiadakan," katanya.
Cheah selanjutnya berkata, sementara proses konsultasi (pelantikan kehakiman) dijalankan seperti termaktub di bawah Seksyen 5(f) Akta JAC, pandangan bertulis dan yang dinyatakankan atau bantahan Badan Peguam Malaysia mengenai kesesuaian calon tidak pernah diterjemahkan menjadi realiti.
"Oleh itu, gesaan supaya pembaharuan dilakukan dalam JAC adalah tepat pada waktunya," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Badan Peguam Malaysia memuji cadangan Tuanku Muhriz supaya lima daripada sembilan ahli JAC itu tidak dilantik oleh perdana menteri agar keanggotaannya lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak. - Gambar fail

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Pindaan Akta JAC perlu untuk memelihara kebebasan badan kehakiman
Badan Peguam Malaysia secara konsisten menggesa desentralisasi kuasa Eksekutif dalam aspek penting proses pelantikan kehakiman.

Tuanku Muhriz cadang PM tidak lagi terbabit lantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Pada masa kini, empat ahli JAC merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi ahlinya merupakan individu dilantik oleh Perdana Menteri.

Md Raus antara tiga individu dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Turut dilantik bekas Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Abdul Razak Tready dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Arifin antara lima dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria adalah antara lima orang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Pengganti sudah dikenal pasti - Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata calon penggantinya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) apabila beliau bersara selepas Mac ini.

Khidmat Ketua Hakim Arifin Zakaria, dua hakim kanan dilanjutkan
Khidmat Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan dua hakim kanan lain dilanjutkan enam bulan lagi.