KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743) dilihat mampu memastikan entiti perniagaan yang menghadapi masalah kewangan boleh meneruskan perniagaan melalui kerangka rehabilitasi yang lebih efisen serta mengurangkan tindakan penggulungan syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, kelangsungan syarikat meneruskan operasi adalah kritikal khususnya dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kadar pengangguran nasional.
“Kerangka rehabilitasi korporat yang lebih komprehensif merupakan komponen penting bagi memastikan entiti perniagaan terus berdaya saing dan mengurangkan risiko untuk diambil tindakan penggulungan.
“Malah, terdapat juga keperluan untuk mengukuhkan lagi peruntukan tadbir urus dengan menambahbaik kerangka pelaporan pemunyaan benefisial bagi mengekang aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai dengan menyalahgunakan entiti perniagaan bagi melindungi kegiatan jenayah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Agenda AWANI: Pindaan Akta Syarikat 2016 & Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 pada Isnin.
Dalam pada itu menurut Nor Azimah, kerangka pelaporan pemunyaan benefisial dicadangkan tersebut akan meningkatkan ketelusan berkaitan individu sebenar yang mempunyai perniagaan atau yang mempunyai kawalan terhadap entiti perniagaan itu.
“Secara amnya, pemerkasaan dua akta ini adalah bagi meluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman kepada semua jenis syarikat kecuali syarikat yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau syarikat yang dilesenkan atau diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.
“Ia turut mengukuhkan peruntukan berkaitan skim perkiraan atau kompromi untuk dimanfaatkan sebagai satu proses rehabilitasi korporat dengan menyediakan peruntukan lebih lengkap dan proses yang lebih efisien serta telus untuk membolehkan skim dicadangkan dapat diluluskan disamping melindungi hak-hak pemiutang sedia ada,” ujarnya.
Menerusinya juga, syarikat yang memohon perintah pengurusan kehakiman atau yang mencadangkan skim perkiraan atau kompromi mendapatkan pembiayaan penyelamat dari sumber kewangan, malah pembiaya baharu itu diberi keutamaan khas tanpa menjejaskan kepentingan pemiutang sedia ada sekiranya syarikat digulungkan.
Pindaan ini juga memperkenalkan Mekanisme Penyelamat Korporat (CRM) kepada entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang menghadapi masalah kewangan selain bertujuan untuk menambahbaik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat bagi PLT.
Malah, penambahbaikan serta pindaan untuk memperluaskan pemakaian perundangan berhubung CRM itu turut akan membantu PLT yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat agar PLT boleh terus beroperasi (stay afloat).
Bagi tujuan memperkenalkan polisi-polisi baharu, terdapat 27 pindaan yang dicadangkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) dan 11 pindaan yang dicadangkan di bawah RUU PLT (Pindaan) melibatkan pindaan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada dan cadangan peruntukan baharu.
Haikal Raman
Sat Jul 15 2023
![Pindaan Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kurangkan tindakan penggulungan syarikat Pindaan Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kurangkan tindakan penggulungan syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689375504_SSM.jpg)
Kerangka rehabilitasi korporat yang lebih komprehensif merupakan komponen penting bagi memastikan entiti perniagaan terus berdaya saing selain dapat mengurangkan risiko untuk diambil tindakan penggulungan.
![Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
AWANI Ringkas: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729841090_Explosion.jpg)
Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
![Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.
![Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.
Agenda AWANI: Tolak cadangan usir rakyat Palestin
Rancangan ambil alih Gaza secara paksa hanya membawa ‘kesilapan’ besar dan perlu ditolak atas sebab krisis kemanusiaan yang memburuk, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ketidakstabilan Asia Barat. Diskusi 9 malam.
#AWANIRingkas 10 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Februari 2025
1️⃣ Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves
2️⃣ Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah memiliki senjata api
3️⃣ PM mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti
#awaniringkas
1️⃣ Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves
2️⃣ Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah memiliki senjata api
3️⃣ PM mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti
#awaniringkas
![3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura 3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739192016_Singapura.jpg)
3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.
![Azalina perkukuh kerjasama perundangan menjelang Forum Undang-Undang ASEAN 2025 Azalina perkukuh kerjasama perundangan menjelang Forum Undang-Undang ASEAN 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739187455_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Azalina perkukuh kerjasama perundangan menjelang Forum Undang-Undang ASEAN 2025
Malaysia terus mengambil langkah penting selepas mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN untuk memperkukuh kerjasama perundangan dan meneroka kepentingan bersama dalam reformasi institusi.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739190937_KhaledNordin.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.
![SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736057551_SSM.jpg)
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
![Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736057551_SSM.jpg)
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.
![Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS
Terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang masih ragu-ragu untuk menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa 1 Dis ini.
![SSM siasat GISB, pendaftaran syarikat boleh dibatal jika langgar peraturan SSM siasat GISB, pendaftaran syarikat boleh dibatal jika langgar peraturan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727159837_TBArmizan.jpg)
SSM siasat GISB, pendaftaran syarikat boleh dibatal jika langgar peraturan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menjalankan siasatan terhadap syarikat Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya.
![JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721713174_JPA.jpg)
JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.
![SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723789875_penjawatawam.jpg)
SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt untuk memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
![Pindaan Akta Syarikat jamin masa depan cerah syarikat berdepan isu kewangan Pindaan Akta Syarikat jamin masa depan cerah syarikat berdepan isu kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717210887_AgendaAWANI.jpg)
Pindaan Akta Syarikat jamin masa depan cerah syarikat berdepan isu kewangan
Nor Azimah berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif untuk menambah baik perundangan membabitkan ketelusan dan tadbir urus.
![FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711866103_gaveltukulmahkam.jpg)
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
![Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711524606_TBSSMjpg.jpg)
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
![Raih RM140 juta, SSM serbu skim pelaburan haram Kenaf Development Fund Raih RM140 juta, SSM serbu skim pelaburan haram Kenaf Development Fund](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709886592_TBSSMjpg.jpg)
Raih RM140 juta, SSM serbu skim pelaburan haram Kenaf Development Fund
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu beberapa premis syarikat amanah yang menganjurkan skim pelaburan haram dikenali sebagai Kenaf Development Fund (KDF), semalam.