KUALA LUMPUR: Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kelak perlu ada batasannya.
Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Salawati Mat Basir berkata batas tersebut penting agar pensyarah dan pelajar tidak meninggalkan tugas hakiki untuk mengajar dan belajar ketika menyertai aktiviti politik di luar kampus.
"Saya percaya walaupun diberi kebenaran tersebut, tetapi mesti ada peraturan yang membataskannya supaya tidak berlaku salah guna kuasa berkaitan perkara tersebut. Selagi pindaan akta itu tidak menjejaskan tugas hakiki pelajar untuk menjadi seorang pelajar dan menimba ilmu, saya tidak nampak kesalahan untuk kita pinda akta tersebut," katanya kepada Bernama.
Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, walaupun kerajaan memaklumkan bahawa AUKU 1971 tidak akan dimansuh namun beberapa peruntukan dalam akta itu yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan.
Beliau berkata bagaimanapun, setiap kebebasan yang diberikan oleh kerajaan di negara ini perlu ada batasnya dan tidak diberikan secara mutlak untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.
"Kalau pelajar mahu menjadi calon, mesti ada syarat-syarat, bukan pelajar yang gagal dalam semester pun boleh menjadi calon... begitu juga dengan para pensyarah, mesti bersih dari tatatertib dan ada perkhidmatan yang baik," katanya.
Dalam pada itu, Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pensyarah wajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam bidang politik.
Ini katanya bagi membolehkan golongan intelektual yang banyak membuat penyelidikan serta memiliki pengetahuan luas tentang pentadbiran negara menyuarakan pendapat mereka.
"Sekiranya pensyarah mahu dibenarkan terlibat dengan politik seperti masuk parti politik dan memegang jawatan dalam parti, saya setuju. Tetapi kena ada peraturan khusus supaya mereka tidak meninggalkan pekerjaan hakiki, kalau terlibat politik," katanya.
Berkenaan pelajar yang diberikan kebebasan menyertai politik di luar kampus, Azizuddin berkata kebebasan itu tidak sepatutnya mengganggu gugat ketenteraman kampus sekali gus tidak menjejaskan suasana pembelajaran dan pendidikan di universiti.
Setiausaha Agung (SUA) Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Rasydan Mohd Hassan berkata kebebasan mahasiswa dalam menguruskan aktiviti dan kegiatan politik adalah wajar kerana ia selari dengan agenda Undi 18 di peringkat kebangsaan.
"Saya merasakan pindaan ini sangat relevan, selari dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang mahu diangkat kerana ada beberapa perkara di dalam AUKU, Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Akta 173/174); Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1966 (AKTA 555) yang menghalang agenda pemerkasaan mahasiswa seperti pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.
Melalui pemerkasaan yang diberi ini, akan menyebabkan mahasiswa kita lebih mampan dan fleksibel selari dengan keperluan global," katanya.
Pada 16 Mac lepas, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat berpendirian bahawa pendekatan meminda AUKU 1971 merupakan langkah yang lebih tepat berbanding memansuhkan terus akta itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Pensyarah dan pelajar tidak boleh meninggalkan tugas hakiki untuk mengajar dan belajar ketika menyertai aktiviti politik di luar kampus. - Gambar hiasan

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Pindaan AUKU: Kebebasan pelajar, pensyarah berpolitik perlu ada batas
Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kelak perlu ada batasannya.