KUANTAN: Hasrat seorang pesara guru untuk membuat pinjaman RM2.5 juta bagi membantu rakan warga Amerika Syarikat yang mengalami kerugian berjuta ringgit dalam perniagaan tidak kesampaian, sebaliknya, rugi
RM472,941 selepas dipercayai sindiket pinjaman wang tidak wujud.
Penipuan itu bermula pada Februari lalu, apabila yang mangsa berusia 65 tahun dan menetap Lanchang, Temerloh tertarik dengan pinjaman yang ditawarkan selepas melihat iklan pinjaman wang berlesen di laman web Google.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Deputi Superintendan Yap Huat Tian, mangsa mengisi borang permohonan pinjaman peribadi RM2.5 juta secara dalam talian di laman sesawang sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.
Katanya, dua agen syarikat yang bertindak sebagai agen pengurusan pinjaman syarikat terbabit telah menghubungi mangsa dan menyatakan permohonan pinjaman wanita terbabit telah diluluskan.
Bagaimanapun, kata Huat Tian, mangsa telah diarahkan oleh agen berkenaan untuk memindahkan bayaran pendahuluan sebanyak RM50,000 bagi mengaktifkan sistem pembayaran.
Mangsa, jelas beliau, menurut permintaan agen berkenaan dengan memindahkan bayaran yang diminta menerusi dua transaksi.
"Selepas itu, mangsa telah membuat sebanyak 41 transaksi ke dalam akaun berbeza bagi tujuan melancarkan sistem pinjaman merit markah demi meluluskan pinjaman sebanyak RM2.5 juta.
“Transaksi dibuat ke dalam akaun yang kononnya milik kakitangan syarikat itu dengan alasan bagi mengelakkan dikenakan cukai kerajaan," kata Huat Tian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Beliau memberitahu, mangsa, bagaimanapun, gagal untuk mendapatkan pinjaman yang dijanjikan, sebaliknya, diarahakan supaya memasukkan lagi wang sebanyak RM450,000 untuk tujuan cubaan akaun.
Huat Tian berkata, selepas gagal mendapat pinjaman pertama, mangsa berusaha membuat pinjaman kedua sebanyak RM150,000 juga melalui laman web Google.
Jelasnya, kaedah proses pinjaman itu juga sama dengan pinjaman kali pertama iaitu secara dalam talian.
Untuk permohonan kali kedua, mangsa perlu membuat bayaran kepada pihak syarikat kedua sebanyak RM18,773.40 melalui lapan transaksi menggunakan akaun berbeza.
"Selepas merasa curiga dengan pihak syarikat pertama dan kedua, mangsa seolah tidak berputus asa untuk mendapatkan pinjaman lantas mencari syarikat ketiga.
“Namun mangsa tidak bercadang memasukkan wang kerana percaya segala prosedur pembayaran seperti dua syarikat sebelum ini.
"Syarikat ketiga mengugut mangsa sekiranya enggan meneruskan pinjaman akan dikenakan bayaran ke atas lelongan pinjaman terbabit," katanya.
Huat Tian memaklumkan, selepas menyedari dirinya ditipu oleh sindiket pinjaman yang tidak wujud, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
"Modus operandi kes berkenaan ialah suspek memperdaya mangsa dengan pinjaman wang tidak wujud di laman web Google sehingga mengalami kerugian,” tegas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun," katanya.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysian (PDRM) menasihati orang awam supaya tidak mudah mempercayai syarikat peminjam wang atas talian kerana segala urusan pinjaman wang dengan syarikat peminjam berlesen hanya boleh diuruskan di pejabat syarikat terbabit.
Mohd Zalani Md Atan
Sun May 22 2022
![Pinjaman RM2.5 juta tak dapat, pesara guru rugi RM472,941 Pinjaman RM2.5 juta tak dapat, pesara guru rugi RM472,941](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653221334_TBYapHuatTian.jpg)
Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, mangsa mengisi borang permohonan pinjaman peribadi RM2.5 juta secara dalam talian di laman sesawang sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Dua pesara guru jadi mangsa 'scammer', rugi lebih RM2.2 juta Dua pesara guru jadi mangsa 'scammer', rugi lebih RM2.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730639086_TBSCAMPHONEx.jpg)
Dua pesara guru jadi mangsa 'scammer', rugi lebih RM2.2 juta
Mangsa pertama, seorang lelaki berusia 71 tahun, kehilangan RM1,875,199 selepas terperdaya dengan pelaburan saham palsu di Facebook.
![Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731127298_TBAzliMohdNoor.jpg)
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
![Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam' Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.
![Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam' Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726485136_scmageneric.jpg)
Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'
Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon pada 27 Ogos lepas.
![Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701919723_scmageneric.jpg)
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
![Pesara guru rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud Pesara guru rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700627047_Scam.jpg)
Pesara guru rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu.
![Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier' Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700626767_scam.jpg)
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
![Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701326817_TBDatukjpg.jpg)
Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun
Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam PhD UKM.
![Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500 Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
![Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682559359_EeChooTeck.jpg)
Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang
Pesara guru berusia 88 tahun aktif dalam bidang origami selama 24 tahun.