KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menganjurkan Majlis Himpunan 23K Huffaz pada Sabtu depan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Presiden PINTA Kebangsaan Mohd Zahid Mahmood Al-hafiz berkata penganjuran kali keempat itu dijangka menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara yang seterusnya akan menyempurnakan 1,000 kali khatam al-Quran.
"Program mula dianjurkan pada 2015 yang melibatkan seramai 10,000 huffaz," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata majlis itu dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid.
Katanya Ekspo Huffaz 2023 juga akan diadakan di lokasi sama buat julung kalinya dari 10 hingga 12 Mac bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami dan mendekati Institusi Tahfiz Al-Quran sebagai asas kepada pendidikan Islam.
"Dalam ekspo ini, pengunjung akan dapat melawat reruai pameran agensi kerajaan dan badan swasta, galeri artifak tamadun Islam dengan kerjasama Galeri Aura Islam, Galeri Cendekiawan Islam, Pameran al-Quran bersama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran, Forum Zayan, Klinik al-Fatihah dan lain-lain," katanya.
Mohd Zahid berkata pihaknya turut menyediakan parkir tambahan dan bas perantara di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kemudahan pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Majlis Himpunan 23K Huffaz akan diadakan pada Sabtu depan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Facebook Himpunan Huffaz

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

PINTA Kebangsaan anjur Himpunan 23K Huffaz Sabtu depan
Penganjuran kali ini dijangka menghimpunkan 23,000 huffaz dan menyempurnakan 1,000 kali khatam al-Quran.