SHAH ALAM: Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan seramai 125,000 orang huffaz (penghafal al-Quran) yang memiliki kemahiran profesional Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Presidennya, Mohd Zahid Mahmood berkata, usaha kerajaan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menghadiri perbincangan tentang pendidikan pelajar tahfiz di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 19 Februari lalu.
“Sewaktu mesyuarat, kita bincang usaha yang boleh dilakukan dalam menyediakan pendidikan arus perdana pelajar tahfiz, membantu mereka yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menduduki peperiksaan itu.
“Bukan itu sahaja, kita juga bincang tentang pendidikan pelajar tahfiz yang mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi seperti diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sinar Harian melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar kerajaan menyediakan pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan selain bergantung pengajian ilmu agama semata-mata.
Dalam pada itu, Mohd Zahid turut memperincikan tentang pelan strategik dasar pendidikan tahfiz negara 2.0 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu.
Jelas beliau, antara perkara yang dibangkitkan dalam dasar berkenaan ialah membaik pulih seluruh institusi tahfiz, menaikkan tenaga pengajar dan menaik taraf para pelajar huffaz dengan memiliki sijil pendidikan yang diiktiraf dan diperakui untuk dipasarkan dalam negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023

Mohd Zahid (gambar kecil) berkata, sewaktu mesyuarat mengenai pendidikan pelajar tahfiz di UPSI bulan lalu, mereka berbincang tentang usaha yang boleh dilakukan dalam menyediakan pendidikan arus perdana pelajar tahfiz. - Foto Sinar Harian

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.

MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.

Cabaran penolakan TVET dalam kalangan pendidik tahfiz - Presiden PINTA
Mohd Zahid berkata ramai ustaz dan guru tahfiz dilaporkan kurang memahami konsep TVET, yang menyebabkan penolakan terhadap pendekatan ini.

TVET: SKM tahap 6, 7 dan 8 bakal setaraf dengan ijazah pertama - Ahmad Zahid
Sijil Kemahiran Malaysia tahap 6, 7, dan 8 bakal diiktiraf setaraf dengan ijazah pertama.

Majlis Himpunan 24K Huffaz Malaysia bakal libatkan penyertaan TVET tahfiz
Mohd Zahid berkata majlis tersebut menyasarkan seramai 24,000 huffaz dari seluruh negara berbanding 23,000 orang tahun lepas.

Himpunan 24,000 huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan bulan depan - Zahid
Majlis Himpunan Huffaz 24K itu, yang merupakan kesinambungan Himpunan Huffaz 23K pada tahun lepas, akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KPT pertimbangkan laluan khas politeknik kepada pelajar aliran agama, huffaz
Cadangan itu bakal membuka peluang serta laluan lebih besar untuk pelajar jurusan berkenaan mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT.

Santuni, dorong pelajar tahfiz serlah potensi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, pelajar tahfiz tidak seharusnya dibiarkan hanya untuk imam dan bilal, tetapi juga berjaya dalam bidang profesional.

Pinta sokong usaha lahir 125,000 huffaz profesional
Kerajaan diharap menyediakan pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan.

PINTA Kebangsaan anjur Himpunan 23K Huffaz Sabtu depan
Penganjuran kali ini dijangka menghimpunkan 23,000 huffaz dan menyempurnakan 1,000 kali khatam al-Quran.

232 pelajar terima biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz 2021
Kumpulan pelajar itu terdiri daripada pelbagai bidang pengajian antaranya qiraat, pengajian Islam, perubatan, farmasi, kejuruteraan dan pendidikan.