GEORGE TOWN: Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan, seterusnya memberikan rangsangan tambahan kepada sektor logistik koridor utara.
Projek PIP, bertujuan menjadikan Perlis sebagai bandar sempadan dan hab logistik antarabangsa, akan dilaksanakan melalui perkongsian awam-swasta.
Kerajaan Persekutuan, melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan mengendalikan pembangunan infrastruktur luar manakala Mutiara Perlis Sdn Bhd, daripada sektor swasta, akan membangunkan pelabuhan itu dan komponen lain yang berkaitan.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Mutiara Perlis Azim Kazim Shabaruddin berkata Terminal Kargo Padang Besar kini antara pintu masuk utama perdagangan rentas sempadan dan kebanyakan kontena telah menuju ke NBCT.
"Apabila kami memulakan operasi, kami merancang untuk meningkatkan kecekapan pengendalian kargo, yang akan membawa kepada peningkatan jumlah kontena menuju ke Penang Port," katanya kepada Bernama di gerai jualan Mutiara Perlis pada Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini hari ini.
Azim berkata siapnya fasa pertama pembangunan PIP akan menyaksikan jumlah pengendalian kontena meningkat kepada hampir 300,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun.
Apabila PIP meneruskan operasinya dan melangkah ke hadapan dengan fasa kedua dan ketiga, beliau menjangka pelabuhan itu akan mengendalikan lebih satu juta TEU setahun.
"Satu juta TEU kelihatan mencabar tetapi saya yakin, ia boleh dicapai. Kami menjangka kontena dari Bangkok, Laos dan sebahagian kawasan di China akan menggunakan PIP sebelum menuju ke pelabuhan pilihan mereka sama ada di Pulau Pinang atau Singapura.
"Kemudahan kami direka untuk memenuhi keperluan rentas sempadan dan kewujudannya akan melengkapkan pelabuhan lain," katanya.
Azim berkata Mutiara Perlis giat mengadakan perbincangan dengan Penang Port untuk memastikan reka bentuk PIP sepadan dengan infrastruktur di NBCT, bagi memenuhi keperluan pelanggan dari Selatan Thailand.
Beliau berkata menjalin kerjasama strategik dengan Penang Port adalah ideal, membolehkan mereka mewujudkan kawasan khas untuk kargo yang akan dihantar ke NBCT.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024

Projek PIP, bertujuan menjadikan Perlis sebagai bandar sempadan dan hab logistik antarabangsa, akan dilaksanakan melalui perkongsian awam-swasta. - Foto Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.