BANGKOK: Calon perdana menteri Thailand, Pita Limjaroenrat berdepan halangan besar apabila dua pertuduhan terhadapnya mendapat perhatian, sehari sebelum Parlimen mengundi perdana menteri baharu.
Tuduhan-tuduhan ini boleh mengancam peluang pemimpin Parti Move Forward (MFP) itu untuk menjadi perdana menteri.
Mahkamah Perlembagaan hari ini menerima pertuduhan bahawa Pita dan MFP cuba meminda undang-undang lese-majeste, yang dianggap sebagai cubaan "untuk menggulingkan kerajaan demokratik dengan raja sebagai ketua negara".
Pita dan MFP perlu mengemukakan pembelaan mereka dalam tempoh 15 hari kepada Mahkamah Perlembagaan.
Pada hari ini juga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan Pita sebagai Ahli Parlimen berikutan dakwaan beliau memiliki saham dalam sebuah syarikat media ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei.
Sementara itu, Pita berkata beliau akan menghadiri sidang Parlimen esok untuk pengundian serta menjawab soalan-soalan semasa perbahasan sebelum pengundian.
Beliau juga mempersoalkan tindakan SPR mengesyorkan penggantungan dan melucutkan jawatannya, sehari sebelum pengundian.
"Ini agak tergesa-gesa... Saya rasa saya tidak diperlakukan dengan adil," katanya.
Pita berkata cadangan parti MFP untuk meminda Artikel 112 Kod Jenayah bukanlah cubaan untuk melemahkan institusi monarki.
Dalam tempoh kurang dari 24 jam sebelum pengundian, Parti Demokrat mengumumkan bahawa ahli-ahli parlimen parti itu tidak akan menyokong Pita berikutanMFP yang bercadang untuk meminda Artikel 112.
Kesemua 25 orang Ahli Parlimen Parti Demokrat akan mengambil sikap neutral dan tidak mengundi.
Sementara itu, penyokong MFP berkumpul di Bangkok malam ini dan mendesak senator-senator untuk mengundi Pita sebagai perdana menteri berdasarkan kehendak majoriti pengundi.
Bagi mengelakkan penyokong-penyokong berkumpul di luar Parlimen, Biro Polis Metropolitan mengumumkan bahawa tiada perhimpunan awam dibenarkan dalam radius 50 meter dari bangunan Parlimen di Jalan Samsen, Daerah Dusit dari Rabu hingga Sabtu (12-15 Julai).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Terdapat tuduhan-tuduhan yang boleh mengancam peluang pemimpin Parti Move Forward (MFP) itu untuk menjadi perdana menteri. - Gambar fail/AP
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Keputusan memperkenalkan semula slogan berkenaan adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
Mahkamah Thailand arah MFP dibubar, Pita Limjaroenrat dilarang sertai politik 10 tahun
Pita Limjaroenrat dilarang menyertai politik selama 10 tahun dan partinya, Move Forward Party (MFP) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum dibubarkan.
Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand
Pita berkata, beliau hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini beliau tidak pernah putus asa berjuang.
Sidang Parlimen Thailand pada 4 Ogos ini bagi pilih Perdana Menteri
Ketika ini, kebuntuan politik di negara itu terus berlarutan walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlangsung lebih dua bulan.
Thailand: Parti Pheu Thai usaha raih sokongan ahli Parlimen
Gabungan itu memperoleh 312 daripada 500 kerusi dan memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 undi yang diperlukan.
Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.
Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir pada Rabu
Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu.
Calon PM Thailand Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.
Masa depan politik Pita ibarat "telur di hujung tanduk"
Pita bakal berdepan pusingan kedua pengundian di Parlimen untuk menentukan sama ada berjaya menjadi perdana menteri atau sebaliknya.
Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini
Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.
Gabungan lapan parti Thailand kembali sokong Pita dalam pengundian kali kedua
Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat telah mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian pada Rabu.