PUTRAJAYA: Program Jualan MADANI Raya (PJMR) 2024 dijangka mencatat jualan RM1.6 juta sepanjang 33 hari program tersebut yang bermula 8 Mac hingga 9 April ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata program itu menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.
"Dalam tempoh dua minggu pertama, PJMR anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai jualan RM415,800 (sehingga 22 Mac) dengan 44,212 pengunjung.
"Mudah-mudahan dalam dua minggu yang terakhir, jualan kepada 60 reruai akan terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, di sini malam semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan dan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.
Berlangsung sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024, Ewon berkata PJMR 2024 menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Beliau berkata PJMR 2024 menyediakan 60 reruai jualan melalui penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi dengan pelbagai tawaran menarik barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian yang berupaya meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
“PJMR 2024 bukan sahaja memberi penjimatan harga barangan persiapan Aidilfitri malah memperkasa dan mempromosikan perniagaan usahawan serta koperasi selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya.
Mengenai kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya' 2024' melalui platform digital tanpa caj iaitu MyMall mampu merancakkan ekonomi digital.
"Program jualan kempen beli lokal secara dalam talian merupakan trend baharu yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan jualan secara langsung kerana ramai mahu elak kesesakan, lokasi dan sebagainya," katanya.
Beliau mengulas laporan media tempatan semalam mengenai persiapan orang ramai bagi menyambut Adilfitri ketika ini tidak begitu meriah kerana tekanan kos sara hidup dan ekonomi semasa.
KUSKOP menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya 2024' yang dianjurkan untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada 2023 dengan nilai jualan sehingga RM2.5 juta.
Hampir 500 usahawan dijangka menyertai kempen itu dengan menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.
Kempen itu bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Malaysia sekaligus membantu proses pendigitalan golongan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024

Ewon (dua, kiri) dan Ramanan (tiga, kiri) ketika sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya, malam tadi. - Facebook Ewon
Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk sesi tergempar OIC mengenai Gaza
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Jeddah pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah hari ini.
Malaysia - Thailand: Anwar - PM Thailand bincang isu banjir, sempadan
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan' kepada orang ramai.
4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan ke atas anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Pearly-Thinaah mara suku akhir Orleans Masters
Kemaraan ke peringkat lapan terbaik kejohanan Super 300 ini diwarnai saingan sengit yang menguji kematangan permainan gelanggang mereka.
SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

PJMR 2024 dijangka catat RM1.6 juta nilai jualan - Ewon
Program itu menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus.