Ketika majoriti rakyat Malaysia memilih untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi keselamatan semua pihak, masih ada segelintir meneruskan aktiviti jenayah tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.
Terbaharu, seramai lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun, ditahan kerana berjudi di sebuah dewan di pangsapuri di Seksyen 24 Shah Alam, manakala dua lagi ditahan di sebuah unit perumahan itu kerana memproses air ketum, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, berkata pasukan yang menjalankan rondaan Op COVID-19 menerima aduan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan itu sebelum membuat pemeriksaan.
“Ketika polis tiba, kita dapati lapan lelaki sedang leka berjudi menggunakan daun terup di sebuah dewan di pangsapuri berkenaan.
“Selepas siasatan lanjut, kita kemudian memeriksa sebuah unit kediaman dan menemui dua lelaki di dalamnya memiliki beberapa botol rendaman air daun ketum.
“Susulan itu, pasukan polis memeriksa sebuah unit rumah kosong yang terletak berhampiran sebelum menemui empat bungkus plastik besar penuh dengan daun ketum kering dan peralatan memasak,” katanya di sini.
Beliau berkata, polis percaya unit terbabit dijadikan pusat memproses air ketum yang dijual dengan harga RM20 sebotol.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Racun 1952.
Astro Awani
Wed Apr 01 2020
Polis menahan semua suspek untuk siasatan lanjut. Gambar Astro AWANI.
Ubah sisa lilin kepada karya seni menarik
Setiap produk dihasilkan mengikut kreativiti sendiri dan dilakukan secara spontan Nurul Nadia ketika sedang bersiaran langsung.
Perkenalkan budaya masyarakat Cina menerusi hidangan 'Hakka Lei Cha'
Ada hidangan jarang ditemukan kerana hanya terkenal dalam kalangan etnik tertentu selain disediakan semasa perayaan atau keraian khusus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
- Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
- Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
- Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
- Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
- Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Presiden Ukraine tuduh Putin cuba manipulasi Trump
Putin ingin memanipulasi keinginan Presiden Amerika Syarikat untuk mencapai keamanan, dakwa Zelensky.
Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte
Kerajaan Filipina akan beri respons positif sekiranya ICC mengarahkan Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Rodrigo Duterte.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Polis Selangor sahkan kes tembakan di Tanjung Rhu melibatkan APMM, warga asing
Polis Selangor mengesahkan satu laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat daripada pengadu seorang pegawai perubatan yang bertugas di zon merah jabatan kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Kemelesetan dunia dielakkan, inflasi susut: WEF 2025 di Davos Fokus pada kerjasama global
Pemimpin ekonomi dunia berkumpul di World Economic Forum (WEF) 2025 untuk membincangkan cabaran global. IMF Chief Kristalina Georgieva memuji kejayaan menurunkan inflasi tanpa kemelesetan, sementara Presiden ECB Christine Lagarde menekankan kepentingan institusi antarabangsa dan perdagangan terstruktur. Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menyeru usaha mengelak pemecahan dunia menjadi blok ekonomi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Rekod penduduk tinggalkan New Zealand cecah paras tertinggi
Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan sehingga November 2024.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Stor proses, jual air ketum dilengkapi 10 CCTV diserbu polis
Menurut polis, ada di antara mereka yang lari ke dalam sawah untuk mengelakkan diri daripada dicekup.
PKP: 10 lelaki ditangkap main judi, proses air ketum
Polis menerima aduan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan itu sebelum membuat pemeriksaan.
Industri penanaman ketum mungkin berkubur tidak lama lagi
Penanaman ketum sudah jelas melanggar peraturan di bawah Akta Racun dan sedang dalam kajian untuk dimasukkan di bawah Akta Dadah Merbahaya.
Empat sekawan proses air ketum dalam semak dicekup polis
Kes disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.