KANGAR:Tabung bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, berada pada paras hampir kritikal berikutan bilangan penderma berkurangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bulan lalu.
Pakar Perubatan Unit Transfusi HTF, Dr Wan Noor Falah Wan Yahaya, berkata kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan antaranya berpunca daripada pembatalan pelbagai program termasuk kempen derma darah.
"Dari segi penderma itu sendiri mungkin mereka pun tak tahu waktu PKP mereka sebenarnya boleh menderma.
"Mungkin juga mereka takut (untuk datang ke hospital disebabkan COVID-19) sebab kebanyakan hospital, tabung darah (Unit Transfusi) berada di dalam hospital sendiri.
"Kita sebenarnya ada langkah dan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan perkara tidak diingini. Orang awam tidak perlu bimbang," katanya ketika ditemui di HTF, hari ini.
Katanya, berdasarkan rekod kutipan bekalan darah tahun lalu, HTF mengalami pengurangan bekalan darah kepada 8,725 pek sepanjang Januari hingga Oktober, berbanding 9,108 pek pada 2019.
Katanya, sehingga Januari tahun ini pula, HTF hanya dapat mengumpul sebanyak 649 pek sahaja berbanding keperluan lazim antara 700 hingga 800 pek darah setiap bulan.
Dalam pada itu, beliau berkata kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan derma darah semakin meningkat apabila 26.2 peratus jumlah penderma baharu direkodkan tahun lalu.
Katanya, HTF mengalu-alukan orang ramai yang ingin menderma darah dan mereka boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Unit Transfusi HTF yang dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang kecuali Ahad (8 pagi hingga 1 tengah hari).
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 03 2021

Sehingga Januari tahun ini, HTF hanya dapat mengumpul 649 pek darah sahaja berbanding keperluan antara 700 hingga 800 pek darah setiap bulan. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Melangkah longlai sebelum rebah, warga emas mati berlumuran darah
Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sekitar jam 6.45 petang sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Risiko pasangan pembawa talassemia berkahwin, kesannya pada anak nanti!
Untuk faham lebih lanjut penyakit talassemia ini dan risikonya, baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

'Limpahan cecair bewarna merah bukan darah'
Kawasan perkuburan tersebut mempunyai aliran mata air dan kandungan tanahnya mempunyai batuan bewarna merah.

Bekalan darah di Kedah kritikal, mampu bertahan tiga hari sahaja
Sejak pelaksanaan PKP 3.0 berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini sehingga 50 peratus sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.

Titisan darah, bau bangkai, rupanya ular sawa 3.6 meter
Seorang wanita tergamam apabila menyedari terdapat titisan darah daripada bonet hadapan kenderaanya ketika berhenti di sebuah stesen minyak.

PKP 2.0: Bekalan darah Hospital Tuanku Fauziah Kangar hampir kritikal
Kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan antaranya berpunca daripada pembatalan pelbagai program termasuk kempen derma darah.

Bekas pesakit COVID-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan - KP Kesihatan
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

18 maut, 44 cedera, kereta api dan bas bertembung
Sejumlah 18 orang terbunuh manakala 44 lagi cedera, apabila sebuah kereta api barang bertembung dengan sebuah bas persiaran di Wilayah Chachoengsao, kira-kira 50 kilometer timur Bangkok hari ini.

Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.

Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.