JOHOR BAHRU:Nasib sepasang suami isteri yang terkandas di negeri ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama dua minggu mulai 13 Jan lalu, mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mereka yang menyertai golongan gelandangan menerima bantuan di pusat pengedaran makanan di Laman Tun Sri Lanang, di sini, akan dihantar pulang ke kediaman mereka di Kuala Selangor, selewat-lewatnya esok.
Muhamad Khairil Karim, 38 tahun, dan isterinya, Hamidah Kadir, 36 tahun, serta bayi mereka, Mohammad Rizki berusia enam bulan, terpaksa menumpang di rumah abang angkat Muhamad Khairil di Kampung Melayu Majidee, di sini, sejak 13 Jan lalu.
Katanya, dia dan isteri menaiki bas dari Klang ke Larkin Sentral pada petang 12 Jan lalu dengan tujuan menziarahi keluarganya dan keluarga mertua di Simpang Renggam.
"Saya bertolak dari Kuala Selangor pada malam 12 Jan. Saya dapat tahu PKP dilaksanakan sebaik sahaja saya sampai di Terminal Bas Larkin pada 13 Jan.
"Kerana itu, saya tidak dapat rentas negeri dan terpaksa menumpang sementara di rumah abang angkat.
"Hasrat untuk pulang ke rumah mertua di Segamat juga tidak kesampaian sebab tidak dapat rentas daerah," kata pekerja kontrak itu kepada pemberita ketika ditemui di pusat pengedaran makanan gelandangan itu hari ini.
Lebih malang lagi, beg dompetnya tercicir dan kesemua dokumen penting miliknya seperti kad pengenalan dan lesen kenderaan hilang.
Bagi Hamidah, bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri Johor melegakan dia dan suami.
"Rasa gembira dapat pulang ke Selangor. Terima kasih pada pihak berkenaan yang membantu kami untuk pulang ke sana," katanya.
Sementara itu, Pengarah JKM Johor Mohamad Hapil berkata, sepanjang PKP 2.0 sekurang-kurangnya 10 individu yang terkandas telah diberi bantuan untuk dihantar pulang.
"Minggu lepas, kita kenal pasti satu keluarga yang kita dah hantar balik ke Pahang. Sebelum itu, ke Terenganu.
"Kalau yang di Johor Bahru ini, selalunya yang tinggal berdekatan seperti di Tangkak, Segamat dan juga Jasin, Melaka.
"Jadi, itulah konsep kita, santun dan selamat, iaitu selamat kembali kepada keluarga," kata Mohamad.
Ernalisa Othman
Wed Jan 27 2021

Muhamad Khairil, isterinya Hamidah Kadir dan bayi mereka Mohammad Rizki, terkandas di Johor Bahru sejak 13 Jan lalu. - Astro AWANI

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.