KUALA LUMPUR:Laluan pergi dan balik feri Langkawi ke Kuala Perlis dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berikutan larangan rentas negeri yang dikenakan kerajaan.
Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dalam satu kenyataan semalam berkata, laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
"Selain itu, laluan Feri Kuala Kedah ke Langkawi turut dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding tujuh perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
"Laluan pergi dan balik Feri Lumut ke Pulau Pangkor pula dikurangkan kepada enam perjalanan berbanding 12 perjalanan sebelum pelaksanaan PKP," menurut kenyataan itu mengenai perubahan pengoperasian dan jadual feri setakat 15 Jan.
Kenyataan itu turut memaklumkan pengurangan perjalanan pergi dan balik feri laluan Feri Marina Island ke Pulau Pangkor kepada tujuh perjalanan berbanding 13 perjalanan sebelum PKP.
"Bagi perjalanan pergi dan balik Feri Labuan ke Menumbok, dikurangkan kepada enam perjalanan berbanding lapan perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
"Laluan Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam dihentikan dalam tempoh PKP ini," kata kenyataan itu.
Pengguna dinasihatkan untuk melayari laman sesawang feri https://www.langkawiferryline.com/ bagi laluan pergi dan balik Kuala Kedah ke Langkawi.
Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah - untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan.
Enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Pengguna dinasihatkan melayari laman sesawang bagi laluan pergi dan balik Kuala Kedah ke Langkawi. - Gambar fail / BERNAMA
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.

Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.

Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.

Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.