KAPIT:Lebih 200 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan dikerahkan selama dua minggu di daerah Kapit dan Song susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah itu.
Pelaksanaan PKP di dua daerah itu bermula pada 2 Februari 2021 sehingga 15 Februari 2021.
Menurut Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian, dua sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan membabitkan Jalan Kilometer 2 Kapit-Song dan Jalan Jambatan Baleh.
“SJR ini bagi mengawal kemasukan dari daerah Song dan Sibu ke Kapit dan satu lagi SJR di Jalan Jambatan Baleh bagi menyekat kemasukan dari daerah Bukit Mambung.
“Seterusnya, anggota penguatkuasaan akan terlibat dengan penugasan mengawal pusat kuarantin serta PKRC di Kapit yang melibatkan Dewan Suarah dan Stadium Tertutup Baleh,” katanya.
BACA: Dua daerah di Sarawak dikenakan PKP, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
BACA: Penduduk Song, Kapit perlu kekal tenang, patuhi arahan PKP - Alexander
BACA: COVID-19: Kapit kini zon merah, 105 kes positif di Sarawak
Selain itu ujarnya, tumpuan pihaknya juga adalah untuk memastikan tiada sebarang perhimpunan atau aktiviti berkumpulan dilakukan.
Justeru, penduduk di dua daerah itu dinasihatkan untuk tidak keluar sekiranya tiada keperluan yang mustahak dan mendesak.
“Fokus penugasan adalah memastikan penduduk di dua daerah ini untuk terus kekal berada di rumah.
“Sekiranya tiada keperluan untuk keluar, duduk sahaja di rumah dan jangan berkumpul. Usaha ini penting dalam memastikan kita dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 ini,” tambahnya.
Antara anggota yang dikerahkan untuk penugasan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkata Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Astro Awani
Mon Feb 01 2021

Tumpuan anggota penguatkuasaan juga adalah untuk memastikan tiada sebarang perhimpunan atau aktiviti berkumpulan dilakukan. - Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

PKP: Penduduk Kapit dan Song faham SOP, mahu kekang COVID-19
Warga Kapit dan Song di Sarawak yang ditemui akui faham dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan sepanjang menjalani perintah berkenaan.

Tahap pematuhan PKP di Kapit dan Song tinggi
Tahap pematuhan warga Kapit dan Song terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di dua daerah itu adalah tinggi.

PKP: 200 anggota dikerahkan di daerah Kapit dan Song
Lebih 200 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan dikerahkan selama dua minggu di daerah Kapit dan Song susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di daerah itu.