Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat membenarkan dua orang dari sebuah keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan, makanan atau ubat-ubatan.
Kebenaran tersebut berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang dikemas kini dan diwartakan pada Selasa (28 April).
Peraturan terbaharu itu turut dimuat naik di laman web gazet Persekutuan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mula berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
Syarat-syarat pergerakan yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyebut seseorang yang keluar untuk membeli barangan keperluan boleh ditemani seorang lagi ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama.
"Dia boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah," kata Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian PKP di sini, hari ini.
Ismail Sabri turut mengumumkan pergerakan yang tidak melebihi 10km radius turut dilonggarkan untuk individu-individu yang mahu mendapatkan bekalan makanan dan perkhidmatan perubatan.
"Namun, individu-individu berkenaan harus memilih premis yang paling dekat dengan kediaman masing-masing," tambahnya.
Bagaimana pun, mereka masih tidak boleh bergerak melebihi 10km dari tempat tinggal.
PKP fasa keempat bermula hari ini dan akan berakhir pada 12 Mei ini.
PKP bermula pada 18 Mac lalu dan peraturan menetapkan semua perniagaan dan perkhidmatan yang dianggap kurang penting diperintahkan ditutup.
Orang ramai tidak boleh meninggalkan kediaman mereka kecuali untuk alasan yang dibenarkan, seperti membeli barang runcit dalam lingkungan 10km.
Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penyebaran COVID-19.
Astro Awani
Wed Apr 29 2020

Peraturan yang diwartakan pada Selasa itu membenarkan seorang lagi ahli keluarga yang tinggal serumah untuk keluar membeli barangan keperluan. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.

MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.

Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.

MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.

MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.

Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.

SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.

100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.

Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.