KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini membenarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai esok (Jumaat).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.
“Setelah berbincang dan melihat bahawa tiada kluster-kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti ini.
“Maka mesyuarat bersetuju untuk meluluskan pasar malam dibenarkan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat, antara jarak gerai dan gerai satu meter, laluan keluar masuk berbeza dan kawalan yang ketat oleh RELA,” katanya
Bagi kedai gunting dan salun, ia dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dengan hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan.
"Perkhidmatan lain seperti ‘facial’ (rawatan muka) tidak dibenarkan.
"SOP ketat iaitu petugas perlu pakai pelitup muka dan juga lebih baik jika ada face shield, dan apron pakai buang dengan sekali penggunaan," katanya.
Selain itu, pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.
Astro Awani
Thu Feb 04 2021

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Suspek keempat kes tetak, bunuh direman tujuh hari
Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman berkenaan selepas suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan semalam.

Kedai gunting rambut, pembuat barang kemas masih kurang pekerja - Ramanan
Kedai gunting rambut dan pembuat barang kemas di negara ini antara sektor yang mengalami kekurangan pekerja, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.

KPDN siasat dakwaan pelancong dicaj RM120 untuk gunting rambut
Sekiranya benar, tindakan tegas akan diambil terhadap tukang gunting rambut itu memandangkan perkara berkenaan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Fasa 2 PPN: Kedai gunting rambut jadi tumpuan di Pulau Pinang
Kedai gunting rambut dan cuci kereta tidak menang tangan terima pelanggan selepas lebih sebulan tidak beroperasi.

Empat individu dikompaun RM10,000 langgar SOP di Sibu
Mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.

PKP: Pasar malam, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri
Kerajaan hari ini membenarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara
Kerajaan harus menimbangkan keperluan untuk meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup sebilangan besar pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut dan perkhidmatan mencuci kereta.

DBKL tutup tiga premis dikendali warga asing di Wangsa Maju
Tiga premis tersebut adalah terdiri daripada dua kedai runcit manakala satu lagi kedai gunting rambut.

Tahap pematuhan SOP di kedai gunting rambut melebihi 90 peratus - Alexander
Berdasarkan 551 pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis berkenaan sejak tarikh tersebut, tiada pengusaha yang diarahkan menutup operasi.

Caj tambahan gunting, dandan rambut hanya untuk apron dan sarung tangan
Caj tambahan itu bukanlah dalam jumlah besar, kerana bagi apron atau alas gunting rambut pakai buang kosnya kira-kira RM0.80 sehingga RM1 sehelai.