KOTA KINABALU:Solat fardu berjemaah, solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini (12 Feb).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat termasuk tidak melebihi 15 orang dalam satu waktu bagi solat fardu berjemaah manakala bagi solat Jumaat, tidak melebihi 45 orang.
"Aktiviti keagamaan di rumah-rumah ibadat yang lain dibenarkan dengan kapasiti satu pertiga keluasan tempat ibadat atau tidak melebihi 45 orang dalam satu-satu masa berkuat kuasa pada hari sama," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 itu berkata kerajaan negeri turut bersetuju membenarkan aktiviti makan di restoran terhad kepada dua orang bagi satu meja berkuat kuasa hari ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
"Bagaimanapun, warga emas dan kanak-kanak adalah tidak digalakkan," katanya.
Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 132 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negeri itu sebanyak 50,855 dengan empat kematian dilaporkan melibatkan dua di Tawau serta masing-masing satu di Putatan dan Sandakan.
Katanya seramai 174 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah 48,535 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

Solat fardu berjemaah, solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan dalam tempoh PKP bermula 12 Feb. - Gambar fail/BERNAMA

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.

PKP: Sabah benar solat fardu berjemaah, solat Jumaat mulai 12 Feb ini - Masidi
Solat fardu berjemaah, solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini (12 Feb).