KUALA LUMPUR:Rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas pada Jumaat bersetuju sekatan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD.
Kebenaran ini akan bermula 7 Disember 2020. Sidang Khas juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.
"Bagaimanapun, semua orang perlu menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan.
"Vaksin terbaik masa kini bagi menangani COVID-19 adalah diri kita sendiri dengan mengikut norma baharu kehidupan. Tanpa perubahan sikap masyarakat dan pematuhan SOP, kita tidak akan berjaya," katanya semasa sidang media pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini.
Bagaimanapun berkata, tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor diumum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 20 Disember.
Jelasnya, PKPB di Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan, Johor dan Labuan pula ditamatkan dan kembali ke PKPP.
"Namun, PKPB di seluruh Perak yang ditamatkan pada 6 Disember diteruskan di Kinta, Mukim Teja, Mukim Changkat Jong. PKPB di seluruh Kelantan yang tamat pada 5 Disember kecuali Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas
"Selain Seremban dan Port Dickson, PKPB di Negeri Sembilan pula ditamatkan pada 6 Disember 2020. Seluruh Johor ditamatkan PKPB kecuali Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dan Kota Tinggi.
"Di Sabah, semua PKPB dilanjutkan sehingga 20 Disember dan PKPD di K Avenue Mega City Penampang ditamatkan namun terikat dengan PKPB. Kebenaran untuk pergerakan luar keluar dari Sabah juga tidak lagi diperlukan," katanya semasa sidang media pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, negeri-negeri lain seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember 2020.
Ia berikutan situasi peningkatan kes positif selain penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober.
Bagaimanapun, tambahan lanjutan tempoh itu diumum sebelum ini sehingga 9 November dan terkini sehingga 6 Disember.
Sementara itu jelas Ismail, PDRM menahan 491 individu atas pelbagai kesalahan, 437 individu telah dikenakan kompaun dan 54 individu direman pada Jumaat.
"Seramai 116 PATI pula ditahan semasa Ops Benteng serta pihak berkuasa merampas satu bot dan satu kenderaan darat.
"Sebanyak 294 sekatan jalan raya juga telah diadakan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan.," ujarnya.
Pada Jumaat, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,141 jangkitan baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu di negara ini sebanyak 70,236 kes.
Menurutnya, daripada jumlah itu terdapat tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata, peningkatan kes COVID-19 khususnya di Lembah Klang tidak bermakna PKPB yang dilaksanakan, gagal dan tidak berkesan.
Jelasnya, jumlah kes direkodkan membuktikan aktiviti pengesanan aktif dan kesihatan awam berjalan dengan efektif.
Astro Awani
Sat Dec 05 2020

Kerajaan mula mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor pada 14 Oktober lalu, dan kini ia disambung. - Gambar fail
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.