Kanak-kanak merupakan golongan yang sewajarnya disekat memasuki pasar raya, pusat beli-belah dan tempat awam lain tatkala wabak COVID-19 sedang melanda negara.
Usahawan terkemuka yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin menegaskan tingkah laku dan aktiviti fizikal kanak-kanak sukar untuk dikawal.
“Kalau boleh, Kementerian Kesihatan (KKM) melarang keluarga membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (ke pasar raya / pusat beli-belah).
“Memang kita sedia maklum, pertamanya, kanak-kanak memang berisiko tinggi, kedua nak jaga kanak-kanak, nak suruh mereka ikut penjarakan sosial, nak suruh pakai topeng muka, jangan pergi pegang tangan atau benda apa-apa, ini pun satu masalah.
“Jadi saya sebetulnya setujulah kalau KKM membuat perintah atau undang-undang di mana kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengambil contoh dirinya yang berusia lebih 64 tahun, beliau berpandangan warga emas sudah cukup matang untuk menilai tahap kesihatan mereka sendiri, sekali gus tiada keperluan untuk menyekat golongan itu.
“Apabila kita bercakap berkenaan warga emas atau mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tapi saya pun berumur lebih 64 tahun, saya ada kemampuan untuk ke pasar raya beli barang sendiri.
“Jadi saya cadangkan untuk KKM bagilah keluarga warga emas itu sendiri memastikan dan menentukan kalau warga emas itu kurang sihat atau ada masalah kesihatan yang lain-lain.
“Jadi kalau mereka ini mempunyai risiko yang tinggi, mereka kalau boleh janganlah datang ke pasar raya.
“Anak-anak, kawan-kawan atau saudara-mara boleh menolong mereka untuk pergi ke pasaraya untuk membeli barang keperluan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan KKM semalam yang sedang meneliti cadangan agar tindakan tegas diambil kepada mana-mana individu yang masih berdegil membawa warga emas dan kanak-kanak ke tempat awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini usul tersebut telah dibawa dan dibincangkan di peringkat mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Harits Asyraf Hasnan
Sat May 16 2020
Usahawan terkemuka yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin menegaskan tingkah laku dan aktiviti fizikal kanak-kanak sukar untuk dikawal. - Foto BERNAMA
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.