PUTRAJAYA:Semua perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara, kecuali kapal persiaran adalah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, semua perkhidmatan pengangkutan awam perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pengguna pengangkutan awam perlu yang perlu membuat perjalanan antara daerah, dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran pihak polis atau surat daripada majikan mereka, sebelum memulakan perjalanan tersebut," katanya dan menambah yang perkara itu bagi memastikan perjalanan tersebut hanya berkaitan perkhidmatan perlu, termasuk untuk kecemasan dan sebab-sebab yang dibenarkan sahaja.
Mesyuarat khas MKN pada 12 Okt memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari dari 14-27 Okt, manakala Sabah dari 12-26 Okt.
Berikutan itu, Wee berkata, mesyuarat MKN pada Selasa telah menetapkan SOP berkaitan, termasuk yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam, di sepanjang PKPB di kawasan terbabit.
Wee berkata, PKPB kali ini pada asasnya membenarkan kesemua aktiviti ekonomi dan perindustrian untuk beroperasi seperti biasa, namun bergantung kepada SOP sedia ada.
"Pekerja yang bergerak dalam daerah yang sama, tidak perlu untuk menunjukkan pas kerja mereka atau surat majikan dan mereka yang hendak bergerak dari Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri lain, dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis terdekat sebelum memulakan perjalanan," katanya.
Ini termasuklah mereka yang bergerak menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.
"Sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal, semasa menggunakan pengangkutan awam atau ketika di stesen-stesen dan terminal-terminal. Usaha memerangi COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
WEE: Mereka yang hendak bergerak dari Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri lain, dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis terdekat sebelum memulakan perjalanan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: SPRM: Integrasi AI dalam operasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.
Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.