KUALA LUMPUR:Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Okt.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan taman-taman awam itu ialah Taman Botani Perdana, Taman Awam Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Manjalara, Taman Metropolitan Kepong, Taman Metropolitan Batu, Taman Tasik Datuk Keramat dan Taman Tasik Permaisuri.
Turut ditutup kepada awam ialah Taman Bukit Jalil, Taman Rekreasi Pudu Ulu, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Alam Damai, Taman Dusun Bandar, Taman Tasik Danau Kota, Taman Tasik Sri Rampai, Taman Kejiranan Ayer Panas dan Taman Rimba Bukit Kerinchi.
"Dalam tempoh itu, semua tandas awam di dalam taman seliaan DBKL juga ditutup kepada awam manakala tandas awam di kawasan bandar masih beroperasi seperti biasa," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, semua kemudahan sukan di bawah seliaan DBKL juga ditutup sepanjang tempoh PKPB.
Dalam perkembangan sama, DBKL turut memaklumkan semua perpustakaan cawangan ditutup kecuali Perpustakaan Kuala Lumpur dan Pustaka KL di Taman Tun Dr Ismail yang dibuka namun terhad kepada aktiviti meminjam dan memulang buku sahaja.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, DBKL memaklumkan kaunter bayaran DBKL di semua lokasi di Menara 1, 2 dan 3 termasuk di pejabat cawangan masih beroperasi seperti biasa namun tahap prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan.
"Perkhidmatan suntikan tifoid dan meningitis juga akan beroperasi seperti biasa bermula 8.30 pagi hingga 2 petang pada setiap Isnin hingga Khamis dan 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari pada Jumaat.
"Waktu operasi bagi Kaunter Lesen Berpusat di Menara DBKL 2 akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang pada setiap Isnin hingga Khamis dan 8.45 pagi hingga 12.15 tengah hari serta 2.45 petang hingga 4 petang pada setiap Jumaat, terhad kepada 250 nombor sahaja sepanjang tempoh PKPB," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 14 2020

Semua kemudahan sukan di bawah seliaan DBKL juga ditutup sepanjang tempoh PKPB. -Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.

Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.

Sekumpulan memerang 'mengganas', serang pengunjung taman rekreasi
Seorang individu telah diserang sekumpulan memerang dalam kejadian di sebuah taman rekreasi di Tanjung Aru, di sini, pada pagi Rabu.

PRU15: Kapar perlukan sistem takungan air seperti Tasik Shah Alam - Calon BN
Sebuah taman rekreasi yang berfungsi sebagai tempat riadah dan lokasi takungan air perlu diwujudkan di Kapar bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku.

Hidupkan semula lokasi nostalgia People's Park, rancakkan aktiviti malam
Taman rekreasi yang sinonim dengan bandar raya Ipoh itu dikatakan 'hidup' dan rancak dengan aktiviti perniagaan sekitar tahun 80-an.

Sireh Park tarikan pelancongan terbaharu di Johor
Taman rekreasi berkeluasan 343 ekar itu menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk rekreasi, berbasikal dan memancing.

Aspek keselamatan taman rekreasi perlu dipertingkatkan
Aspek keselamatan taman rekreasi di Malaysia masih berada di tahap kurang memuaskan, dan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

17 individu di Melaka dikompaun gara-gara berjoging di taman awam
Semua taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.

PKPB: Taman awam, fasiliti sukan seliaan DBKL ditutup kepada awam
Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Okt.

Taman Tasik Titiwangsa ditutup sementara pada Khamis
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, esok.