SEPANG:Seramai 24 pekerja yang tinggal di luar Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenal pasti untuk menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mereka adalah antara 120 pekerja di Medan 88 tetapi menjalani kuarantin di luar kawasan.
Sejak 11 Nov, seramai 423 penduduk Medan 88 sudah menjalani saringan COVID-19 dan tujuh didapati positif sejak pelaksanaan PKPD menjadikan jumlah keseluruhan penduduk yang dijangkiti wabak itu adalah seramai 51 orang termasuk 44 kes positif yang dikesan sebelum PKPD, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata setakat semalam, tiada pertambahan jumlah penduduk yang pulang ke kediaman mereka dan tampil menyerah diri di kawasan yang dikenakan PKPD.
Katanya jumlah penduduk yang menyerah diri sehingga kini kekal melibatkan 14 rakyat Malaysia terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita dan 26 warga asing iaitu 18 lelaki dan lapan wanita.
Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 400 penduduk Medan 88 tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawad duri untuk pelaksanaan PKPD yang berkuat kuasa dari 12 hingga 25 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Setakat semalam, tiada pertambahan jumlah penduduk yang pulang ke kediaman mereka dan tampil menyerah diri di kawasan yang dikenakan PKPD. -Gambar fail
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis
Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.

PKPD: 24 pekerja tinggal di luar Medan 88 dikenal pasti perlu jalani ujian COVID-19
Seramai 24 pekerja yang tinggal di luar Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan PKPD dikenal pasti untuk menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19.

PKPD Medan 88: Penduduk 'lari' digesa tampil buat saringan COVID-19
Mana-mana individu yang terperangkap atau gagal dikesan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi tampil membuat saringan COVID-19.

Bekalan keperluan asas di PKPD Medan 88 mencukupi - Rina Harun
Bantuan bekalan keperluan asas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi mencukupi setakat ini.

PKPD Medan 88, Salak Tinggi: 400 penduduk gagal dikesan
Kesemua penduduk terbabit diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Sepang bagi menjalani ujian saringan COVID-19.

PKPD di Medan 88 Salak Tinggi, Sepang bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 Salak Tinggi, Sepang, Selangor.